Ahli Parlimen UMNO dalam PN masih ada ruang dalam parti - Khaled Nordin
KUALA LUMPUR: Semua Ahli Parlimen UMNO di dalam Perikatan Nasional (PN) masih mempunyai ruang dalam parti itu meskipun keputusan yang diambil bertentangan dengan keputusan parti, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Dalam muat naik di
Facebook pada Ahad beliau turut mengakui keputusan UMNO menarik balik
sokongan dan keluar dari PN memberi kesan kepada kerajaan dan keabsahan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Namun parti itu katanya turut berdepan dengan pelbagai cabaran kesan keputusan yang dibuat itu.
"Pastinya
keputusan sebesar dan sepenting ini mempunyai risiko dan geloranya.
Sudah lumrah politik, pasti ada badai dan gelombangnya. Yang mustahak
adalah cara kita berhadapan dengan segala cabaran tersebut.
"Namun
seperti yang telah saya tegaskan berulang kali, perjuangan, kekuatan
dan pendirian parti adalah lebih besar dan lebih utama dari segala
kedudukan dan jawatan mana-mana individu dan personaliti," katanya.
Tambahnya, UMNO mesti hadir dan berdiri sebagai sebuah ketumbukan orang Melayu dan bukannya berpecah-pecah dan berlainan haluan.
"Lebih-lebih
lagi dalam keadaan sekarang yang sangat jelas bahawa PM dan PN sudah
tidak berupaya untuk mempertahankan kerajaan yang ada.
"Maka,
UMNO mesti kembali bersatu hati. Kepada semua Ahli Parlimen UMNO di
dalam PN, ruang
dan tempat kalian dalam parti tidak pernah hilang.
dan tempat kalian dalam parti tidak pernah hilang.
"Perjalanan
kita semua dalam UMNO telah sama-sama mendewasakan. Persahabatan mesti
kekal dan abadi. Kita jangan sampai berkerat rotan berpatah arang.
Mereka yang berbeza pandangan dengan kita bukan musuh. Ingat gigi dengan
lidah, ada masa tergigit jua," katanya lagi.
Tegasnya, PN tidak lebih sekadar ruang untuk UMNO menyumbang kepada bangsa dan negara.
Sokongan
diberikan apabila wujud kebaikan yang jelas, namun disanggah parti itu
apabila sudah gagal dan tidak berada di landasan yang betul.
Namun
UMNO kata Mohamed Khaled lagi, tidak hanya hidup untuk hari ini,
sebaliknya melihat masa depan dan perlu segera membuka lembaran baharu
lebih penting.
Ketika
ini jelasnya, keutamaan parti itu adalah untuk memberikan sentuhan
kepada penyelesaian krisis nasional dan kemenangan UMNO dalam PRU-15.
"Untuk
melakukan perkara ini, UMNO mesti segera bersatu hati dan mengeratkan
semula perpaduannya di semua peringkat sama ada ahli, pemimpin apatah
lagi Ahli-ahli Parlimen.
"Kita mesti
kembali menjadi parti yang kuat, bersatu dan memfokuskan kepada perkara
yang betul," jelas Naib Presiden UMNO itu lagi.





Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.