https://critoxium.com/shop/

Terkini

Muhyiddin and PN must go.


Oleh Faiz Fadzil
 
1. Keabsahan dan legitimasi seorang Perdana Menteri mengikut Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan boleh ditentukan di Parlimen mengikut precent kes Stephen Kalong Ningkan melalui usul undi tidak percaya. Manakala kaedah lain sekiranya Perdana Menteri berkeras tidak mahu meletak jawatan jika wujud keadaan hilang keyakinan majoriti Ahli Parlimen, maka mana-mana Ahli Parlimen lain yang mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen boleh membuktikan sokongan tersebut walaupun bukan melalui Parlimen menurut precedent kes Nizar Jamaluddin. 
 
2. Apa yang berlaku hari ini adalah kebijaksanaan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong yang menitahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin membuktikan keabsahan dan legitimasi sebagai PM di Parlimen. 
 
Parlimen adalah institusi dan premis sesuai dan relevan bagi Ahli Parlimen. Maka, melengahkan usul undi percaya terhadap Muhyiddin sebagai PM adalah sesuatu yang meragukan dan mengelirukan sedangkan beliau mendakwa mempunyai sokongan majoriti. Jika benar dan berani, usulkan sekarang, bukan 2 bulan lagi. 
 
3. Kepincangan pentadbiran dan kelumpuhan ekonomi negara hari ini perlu diatasi melalui penubuhan sebuah kerajaan baharu yang stabil kerana kestabilan politik adalah asas pentadbiran negara dan pengurusan ekonomi yang cekap. PM baharu perlu dilantik dari kalangan Ahli Parlimen yang diyakini majoriti Ahli Parlimen yang menolak Muhyiddin dan kerajaan PN dan perlu memiliki aura, karismatik dan kompentensi sebagai PM.
 
 Bersatulah demi negara dan rakyat amat-amat mengharapkan perubahan ini berlaku. Jangan sampai rakyat menghukum ahli politik kerana gagal memenuhi aspirasi rakyat ini. Kaedah ‘win-win’ perlu dicari dan prinsip ‘less evil’ boleh dijadikan asas. 
 
Muhyiddin and PN must go.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.