https://critoxium.com/shop/

Terkini

Muhyiddin jalan tugas PM sementara, kata istana

 


MUHYIDDIN Yassin akan bertugas sebagai perdana menteri selepas peletakan jawatannya diterima berkuatkuasa hari ini, menurut Istana Negara.

Kenyataan istana menyebut, perkara itu diperkenan Yang di-Pertuan Agong yang menerima peletakan jawatan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri kelapan.

“Susulan daripada peletakan jawatan ini, Seri Paduka Baginda berkenaan supaya (Muhyiddin) menjalankan tugas sebagai caretaker perdana menteri sehingga perdana menteri baharu dilantik.”

Kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin juga mengesahkan peletakan jawatan Muhyiddin dan anggota kabinet berkuatkuasa serta-merta.

Menurutnya, pelantikan sebagai perdana menteri sementara itu selaras dengan kuasa baginda melantik perdana menteri “yang mungkin mendapat kepercayaan ahli Dewan Rakyat”.

Kenyataan itu juga menyebut, baginda tidak berkenan pilihan raya umum ke-15 diadakan waktu ini memandangkan 79% dari seluruh kawasan dewan undangan negeri dalam zon merah Covid-19.

“Baginda turut mengambil maklum bahawa fasiliti kesihatan negara juga berada pada situasi membimbangkan.

“Justeru pada hemat Seri Paduka Baginda, pelaksanan PRU15 bukan satu pilihan yang terbaik atas faktor kemaslahatan dan keselamatan rakyat,” katanya.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.