‘Makhluk biru’ kempen benci rasuah di Melaka?
Nampaknya makhluk-makhluk BIRU di PRN Melaka berlumba-lumba untuk meyakinkan rakyat Melaka bahawa depa beriltizam untuk memerangi rasuah.
Media makhluk HIJAU dalam salah satu kluster BIRU itu pula cuba menonjolkan komitmen mereka itu dengan melaporkan di muka depan media rasmi mereka “TOLAK RASUAH ” yang mengandungi berita antara lain ikrar para calon depa tu untuk menolak rasuah.
Ketiga-tiga makhluk berwarna warni itu -BIRU dan HIJAU- sekarang sedang jadi Gomen Tebuk Atap di Pusat di mana banyak juga mereka yang didakwa di mahkamah pada zaman kerajaan bermandat rakyat PH atas kesalahan RASUAH, satu satu dibebaskan mahkamah, yang terbaru YB depa dari selatan negara.
Ada seorang pula yang telah pun disabitkan BERSALAH atas kesalahan bagi pertuduhan jenayah RASUAH, PENGGUBAHAN WANG HARAM dan SALAH GUNA KUASA oleh mahkamah.
Dan yang terbaru adik kandung orang ini sendiri pun baru keluarkan sebuah buku yang, antara lain, mendedahkan pasal abang dia tu dengan monster bernama 1MDB.
Adakah adik dia tu pun sedang MELUAT tengok abang dia yang jenis tak tahu MALU pergi berkempen di Melaka dalam keadaan abang dia tu belum dibersihkan dari daki-daki ibu segala skandal mega bertaraf antarabangsa itu?
Oleh kerana demokrasi itu sendiri meraikan idea-idea BASI dan BUSUK dilafazkan dan dilaungkan atas nama kebebasan bersuara, takpe lah mereka nak menjerit puas-puas kononnya mereka tu BENCI RASUAH. Kita dengar je lah.
Saya tak pasti Rakyat Melaka boleh atau tidak menerima CERITA DONGENG depa tu ?
Mungkin rakyat di Nicaragua, Republik Congo dan Angola misalnya, boleh percaya kot dongengan itu? Atau depa semua pun tak boleh percaya juga?
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.