https://critoxium.com/shop/

Terkini

Parti Dalam Kerajaan ,Bergaduh Sesama Sendiri


Oleh Zulhazmi Shariff

Sejak sehari dua hendak menghampiri tarikh 20 November 2021 untuk proses pengundian bagi pilihan raya negeri Melaka, kita disajikan dengan gelagat lucu dan gila dua pihak yang bersama di Persekutuan.

Perikatan Nasional yang di dalamnya Bersatu, Pas dan Gerakan bercakaran dengan Barisan Nasional yang dalamnya Umno dan MCA.
 
Kedua-dua ini PN dan BN adalah anggota Kerajaan Persekutuan. Umno, Bersatu, Pas, MCA semuanya di dalam Kerajaan Persekutuan.
 
Di Melaka, mereka bertanding melawan sesama mereka.
 
Umno dedah keburukan Bersatu, Bersatu hentam Umno, Pas terkial-kial. MCA dan Gerakan diam seribu bahasa.
 
Pas kata Umno tidak bermoral menjatuhkan Kerajaan Melaka yang diterajui Umno. Pas kata Umno tidak bermoral menjatuhkan Mahiaddin di Persekutuan.
 
Di Melaka, Umno menjatuhkan Umno. Di Persekutuan, Umno menjatuhkan Bersatu.
 
Tetapi dalam kedua-dua kejadian tidak bermoral ini PAS tetap ada bersama. Selepas Umno jatuhkan Umno, Umno jatuhkan Bersatu, Pas tetap bersama salah satunya. Malah di Persekutuan ketiga-tiga ini, Umno, Pas, Bersatu bersama mentadbir Kerajaan Persekutuan.
 
Bersatu kata Umno ”jahat” kerana menjatuhkan Bersatu di Persekutuan tetapi Bersatu tetap sokong Umno menjadi PM. Dia kata orang jahat, dia sokong pula orang jahat.
 
Pas kata Umno tidak bermoral menjatuhkan Bersatu, Pas sokong Umno yang tidak bermoral untuk bersama dalam Kerajaan.
 
Umno kata Bersatu khianat jatuhkan Kerajaan PH, Umno juga yang bersama Bersatu yang khianat menjadi Kerajaan.
 
Inilah politik yang sedang ada sekarang ini. 
 
Umno parti melayu, Bersatu parti melayu, Pas parti melayu. Ketiga-tiga parti melayu bergaduh sesama mereka sedang rakan mereka MCA, MIC dan Gerakan tepok tangan.
 
Tiba-tiba PH cuba sebarkan ideologi komunis. Arghhhhhh.
 
Kita sudah dibuktikan sekarang di depan mata kita, inilah parti melayu Islam. Mereka tiada apa yang hendak ditawarkan kepada negara selain gilakan kuasa untuk mereka. 
 
Kamu khianat aku, aku jatuhkan kamu, kamu tidak bermoral tetapi demi kuasa, masih bersama.
Masing-masing tidak percaya pada masing-masing. Umno tak percaya pada Bersatu, Bersatu tak percaya kepada Umno, Pas menjalang di kedua-duanya.
 
Apa mereka buat untuk negara? 
 
PRU14 kita nyahkan mereka tetapi mereka kembali merosakkan negara. Selepas ini kita mesti kebumikan terus mereka.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.