Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
KUALA LUMPUR: Ringgit mencatat penyusutan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal urus niaga Selasa selepas unit negara maju itu meraih momentum menjelang pengumuman data Jualan Runcit bagi Oktober yang dijangka meningkat kepada 0.7 peratus bulan ke bulan sebagaimana unjuran konsensus, kata penganalisis.
Pada 9 pagi
ini, ringgit turun kepada 4.1630/1655 berbanding dolar AS daripada
4.1600/1630 yang dicatatkan pada akhir urus niaga semalam.
Ketua
Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid
berkata hasil Perbendaharaan 10 tahun AS telah melepasi paras 1.60
peratus yang menunjukkan bahawa pasaran bon mengunjurkan kitaran
kenaikan kadar faedah berlaku pada 2022.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.