https://critoxium.com/shop/

Terkini

Segar, Jernihkan Imej -Penampilan Dan Sosok Pakatan Harapan


 Oleh Ahmad Lutfi Othman

Saya langsung tak ikuti perkembangan kempen PRN Melaka. Uzur, tak larat dan kurang berminat.
Dan tak pasti pula, apakah mesej atau kempen PH sampai kepada pengundi dalam SOP yang cukup ketat itu? 
 
Pada pandangan umum pengundi, apa yang mereka nampak pada lambang PH itu?
 
Apakah mereka terkesan atau bayangkan dengan pentadbiran Melaka selama 22 bulan di bawah PH-Adly dahulu?
 
Apakah isu2 besar dalam pemerintahan BN selepas Langkah Sheraton 2020, seperti kes pasir dan salahguna kuasa, langsung tidak beri bekas kepada pengundi?
 
Saya belum teliti result penuh, tapi sekali imbas, banyak juga Dun calon2 PH bukan saja kalah tapi berada di tempat ketiga! Boleh faham BN atasi PH, tapi mengapa PN juga di Dun tertentu mendapat sokongan lebih besar daripada PH?
 
Ya, sebenarnya pada persepsi rakyat bagaimana sosok dan imej PH itu ....?
 
Ya, peratusan mengundi memang tidak memihak kepada PH, tapi tentulah ada satu koleksi punca BN menang cemerlang.
 
Perlu ada post-mortem menyeluruh, telus dan jujur atas kekalahan PH ini, sebagai persiapan PRU15 yang dijangka tidak lama lagi. 
 
Takkan Malaysia lama yang usang mahu dikembalikan dengan mudah dan agenda pembaharuan bakal dikuburkan? Sentimen perkauman dan keagamaan sempit masih jadi modal utama kempen. Politik wang terus berpengaruh besar? (Cash is King). 
 
Atau bentuk kempen norma baharu dengan SOP ketat belum dihadam jentera PH sepenuhnya? Situasi pandemik Covid16 dimanfaatkan sepenuhnya oleh BN.
Satu lagi, masyarakat Tionghua bukan lagi "simpanan tetap" buat PH?
PH perlu disegarkan segera

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.