https://critoxium.com/shop/

Terkini

MP: 'Ugutan' Ismail terhadap rakyat Sarawak tak boleh dimaafkan

 


Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching menyatakan rasa kesal terhadap kenyataan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bahawa projek pembangunan di Sarawak mungkin tidak dapat dilaksanakan jika pengundi di sana memilih kerajaan negeri berbeza dengan persekutuan.

Tegas Teo, kenyataan Ismail itu jelas tidak boleh diterima dan dimaafkan.

"Mesej tersirat Ismail Sabri adalah jelas - iaitu jika 'anda tidak membantu saya, saya tidak membantu anda', ia lebih buruk daripada mesej Najib, 'anda tolong saya, saya tolong anda' ketika menjadi perdana menteri pada Pilihan Raya Kecil Sibu pada 2010.

"Dari 2010 hingga 2021, berapa lama lagi rakyat Malaysia terutama penduduk Sarawak perlu berdepan dengan ancaman dan ugutan sebegini?" soal Teo dalam kenyataan hari ini.

Bekas timbalan menteri pendidikan itu turut mempersoalkan bagaimana Ismail Sabri boleh mengaku sebagai perdana menteri untuk "Keluarga Malaysia" dan pada masa sama cuba menjual naratif sedemikian kepada rakyat Sarawak.

"Apa yang dinyatakan oleh Ismail Sabri semalam menyinggung perasaan dan menjengkelkan kerana ia bertentangan dengan slogan 'Keluarga Malaysia' beliau sendiri.

“Adakah Ismail Sabri berkata dan mengakui yang beliau tidak berlaku adil malah meminggirkan Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dalam Belanjawan 2022 dan Rancangan Malaysia Ke-12 kerana negeri-negeri ini mempunyai pentadbiran yang berbeza daripada kerajaan pusat?” soalnya lagi.

Teo Nie Ching

Ismail Sabri ketika berucap di semasa Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kapit Town Square di Kapit, Sarawak semalam berkata rakyat di negeri itu perlu membuat pilihan yang betul pada PRN kali ini supaya hubungan baik kekal terjalin antara kerajaan negeri dan pusat.

Menurutnya, hubungan yang baik adalah penting untuk memudahkan urusan antara kedua-dua kerajaan terutama dalam melaksanakan pembangunan untuk penduduk Sarawak.

Mengambil contoh pembinaan Jambatan Sungai Yong Kedua bernilai RM12.6 juta yang terletak 15 kilometer dari situ, Ismail Sabri berkata ia tidak akan terlaksana sekiranya kerajaan negeri dan pusat mempunyai haluan yang berbeza.

Sehubungan itu, Teo menggesa Ismail Sabri agar menarik balik kenyataannya itu serta membuat permohonan maaf.

Katanya, jika tidak terbukti Keluarga Malaysia hanyalah slogan semata-mata.

"Apa yang kita ada di Malaysia di bawah pentadbiran Ismail Sabri ialah 'Keluarga Ismail Sabri dan sekutunya'," katanya lagi.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.