Lapor Daily Star, kebanyakan pelakon musim pertama siri drama Netflix itu telah disingkirkan.
Ketua Pegawai Eksekutif Netflix, Ted
Sarandos memaklumkan kepada pelabur bahawa siri drama Korea Selatan itu
akan menjadi francais besar untuk perkhidmatan laman penstriman.
Sarandos berkongsi berita pengumuman
itu ketika spekulasi mengenai masa depan drama bersiri tersebut heboh
diperkatakan pelbagai pihak.
Sebelum ini, beberapa pelakon dan pengarah Squid Game, Hwang Dong-hyuk mendedahkan drama itu akan kembali semula.
Langkah untuk membawa Squid Game
musim kedua selepas Netflix mengesahkan drama bersiri itu menjadi
paling popular dan paling tinggi tontonan di laman penstriman.
Sementara itu, Netflix memaklumkan, pada musim luruh lalu, Squid Game
musim pertama mencecah 111 juta peminat dalam tempoh 28 hari pertama
tayangan sejak kali pertama ditayangkan pada September tahun lalu.
Dalam satu majlis meraikan kejayaan Squid Game pada November lalu, Hwang menyatakan pihaknya sudah pun membuat rancangan untuk pembikinan Squid Game musim kedua.
Dong-hyuk juga mengesahkan pelakon Lee Jung-jae akan kembali semula memegang watak utama sebagai Seong Gi-hun.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.