https://critoxium.com/shop/

Terkini

Tidak tepat Khairuddin dilabel 'orang kuat MN' - Ahmad Fadhli

PASIR MAS: Gelaran 'orang kuat' Muafakat Nasional (MN) yang diberikan kepada Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali adalah tidak tepat.
 

Demikian menurut Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat Ahmad Fadhli Shaari yang menegaskan, sebahagian besar pimpinan Pas yang ada hari ini adalah penyokong MN.
 
"Kalau nak dikatakan dia orang kuat kepada MN dan sebagainya, sebenarnya, semua yang berada dalam Pas pro kepada MN dan pro kepada Perikatan Nasional. 
 
 
"Pengguguran sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat merupakan satu proses biasa dalam parti. Menjadi hak jawatankuasa untuk memberhentikan mana-mana ahli yang tidak membawa aspirasi parti," katanya di sini, semalam.
 
Tambah Ahmad Fadhli, pengguguran Khairuddin dibuat selepas AJK Pas Pusat bermesyuarat dan memutuskan tindakan berkenaan.
 
Khairuddin dalam tulisannya di laman Facebook miliknya selepas digugurkan memaklumkan, hukum untuk mengusahakan perpaduan antara Pas dan UMNO dari segi syarak wajib hukumnya.
 
Beliau, yang juga salah seorang AJK Perundingan MN, meminta pemimpin kembali memperkasakan dan menyuburkan MN.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.