Rafizi kembali sertai politik, tanding Timbalan Presiden PKR
PETALING JAYA: Naib Presiden PKR Rafizi Ramli memutuskan untuk kembali menyertai politik dan mengesahkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti itu akan datang.
Dalam satu kenyataan di Facebook, bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata politik progresif pelbagai bangsa sedang berada di dalam bahaya jika PKR dan Pakatan Harapan (PH) terus menjadi parti ketiga kerana gagal memikat pengundi atas pagar.\
“Atas kesedaran itu, saya telah membuat keputusan untuk kembali menyertai gelanggang politik dengan mengesahkan saya akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan akan datang,” katanya di Facebook.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.