https://critoxium.com/shop/

Terkini

Kerajaan P Pinang peruntuk RM1 juta imarah masjid

BUKIT MERTAJAM: Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM1 juta tahun ini untuk program pengimarahan masjid di seluruh negeri itu, kata Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Dengan peruntukan itu, katanya, kerajaan negeri berharap semua institusi berkaitan agama Islam akan terus menyemarakkan semangat harmoni di Pulau Pinang.

“Dengan peruntukan diberi, saya menaruh harapan yang tinggi untuk terus melihat institusi agama Islam terus kekal harmoni dan utuh, sekali gus memastikan usaha pembangunan ummah di negeri ini dapat direalisasikan dengan jayanya.

“Selain itu, saya juga berharap institusi masjid di negeri ini dapat kembali menjadi penghubung perpaduan masyarakat, khususnya orang Islam di Pulau Pinang,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Iftar Rakyat Peringkat Pulau Pinang di Dewan Orang Ramai Permatang Pasir hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri I, Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Muhammad Faiz Fadzil.

Sementara itu, Chow berkata, seperti tahun-tahun sebelum ini, kerajaan Pulau Pinang meneruskan sumbangan Ihya’ Ramadan kepada 246 masjid dan surau di seluruh negeri dengan keseluruhan peruntukan berjumlah RM256,000.

Beliau berkata, RM5,000 disumbangkan kepada masjid negeri, RM2,000 bagi setiap lima masjid daerah, manakala RM1,000 masing-masing kepada 207 masjid kariah, 13 masjid jamek dan 19 surau Jumaat.

Dalam pada itu, beliau berkata, dengan beberapa kelonggaran SOP ketika ini, beliau percaya Ramadan kali ini lebih meriah dan bermakna buat semua, terutama masyarakat Islam.

“Seperti tahun-tahun sebelum ini, saya mengambil peluang untuk beriftar bersama masyarakat kerana saya percaya budaya ini akan mengeratkan lagi hubungan sesama kita tanpa mengira agama dan bangsa,” katanya.

 

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.