https://critoxium.com/shop/

Terkini

Dzulkefly mahu beri laluan kepada calon muda, tapi sudi lawan Zafrul di Kuala Selangor


 PETALING JAYA: Dr Dzulkefly Ahmad sedia mempertaruhkan dirinya sekali lagi sekiranya Amanah memerlukan beliau berdepan “calon penting” pada PRU15, meskipun beliau telah menyuarakan hasrat untuk berundur.

Ahli Parlimen Kuala Selangor itu menepis dakwaan beliau takut berdepan dengan sosok seperti Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz, yang menurut spekulasi akan diletakkan bertanding di kawasannya.

“Sudah tentu tidak (takut berdepan Zafrul),” katanya kepada FMT, malah beliau sedia berdepan mana-mana menteri persekutuan di Kuala Selangor.

“Kalau kepimpinan tertinggi parti mahukan saya bertanding…saya akan mempertimbangkan. Kalau dia (Zafrul) tak tanding, saya akan beri laluan kepada kepimpinan muda.”Ads by Kiosked

Selangor yang kini dilihat sebagai negeri kuat Pakatan Harapan menyaksikan Dzulkefly yang bertanding atas tiket PKR menewaskan BN dan PAS pada PRU14 dengan kelebihan 8,498 undi. Di peringkat DUN, PH menang dengan majoriti antara 1,100 undi hingga 2,600 undi.

Beliau merupakan wakil rakyat Kuala Selangor selama dua penggal.

Menjelaskan hasrat tidak bertanding kelak, Dzulkefy berkata beliau mahu rakyat Kuala Selangor diwakili calon muda daripada partinya.

Katanya, beliau sudah lama memaklumkan hasrat itu kepada parti.

“Saya sedia beri laluan kepada pimpinan muda daripada Amanah. Hanya dengan cara ini kita akan dapat pimpinan muda terlibat dalam pilihan raya kali ini.

“(Keputusan) ini bukan saya buat dalam sebulan. Ia telah diuar-uarkan sekian lama.”

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.