https://critoxium.com/shop/

Terkini

Adun Ketari dakwa 'pihak atasan' sekat pertandingan futsal anjurannya

 


Adun Ketari Young Syefura Othman mendakwa pertandingan futsal yang dianjurkannya di kawasannya telah disekat daripada diadakan di Kompleks Sukan Komuniti Felda Mempaga kerana tekanan "pihak atasan".

Dia berkata pertandingan futsal itu pada mulanya ditetapkan pada 31 Julai ini di Kompleks Sukan Komuniti Felda Mempaga tetapi perancangan mereka kini tergendala berikutan tempat yang ditempah.

"Sewaktu salah seorang pegawai saya memaklumkan kepada saya mengenai perkara ini, saya seakan-akan tidak percaya. Maka saya telah menghubungi pegawai wilayah Felda Mempaga untuk meminta penjelasan.

"Beliau telah memaklumkan kepada saya bahawa pihak wilayah Felda Mempaga telah menerima tekanan daripada 'pihak atasan' apabila mereka mengetahui bahawa kejohanan ini akan berlangsung di Kompleks Komuniti Felda Mempaga.

"Saya kecewa dan hairan. Saya bukan meminta tajaan bahkan pejabat saya bersedia membayar penuh sewa gelanggang futsal untuk program ini kepada pihak Felda Mempaga.

"Mengapa saya “tidak dibenarkan” untuk menganjurkan kejohanan ini di situ?" soalnya dalam kenyataan semalam.

Dia seterusnya bertanya mengapa acara yang dianjurkan untuk golongan belia di kawasan itu disekat dan siapa di sebalik kejadian ini.

Katanya, dia sentiasa menjalinkan hubungan baik dengan pengurusan Felda Mempaga dan tidak pernah menghadapi sebarang masalah untuk berurusan dengan mereka.

"Saya juga menuntut penjelasan daripada pihak Nazri Ngah, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, adakah benar seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang dari pihak pembangkang tidak dibenarkan menyewa fasiliti daripada Felda dan mengadakan program di Felda?

"Apakah pandangan dan pendirian YB dan juga kerajaan negeri terhadap perkara ini? Harap pihak YB dapat berikan penjelasan yang terperinci mengenai hal ini," katanya.

Malaysiakini telah menghubungi Nazri untuk maklum balas mengenai perkara ini.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.