Bn Kedah Ingin Tempah Kubur Tanpa Nisan ?
"Langkah bersendirian atau solo PAS sudah diduga awal,” ini alasan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang merujuk kepada kata2 Tuan Guru Hadi Awang seterusnya menyokong kenyataan awal yang dibuat oleh Ketua Penerangan Umno Kedah yang inginkan UMNO bergerak solo tanpa kerjasama PAS dalam PRU15 nanti.
Ini mungkin kerana kejayaan UMNO dan BN dalam dua siri Pilihanraya Negeri di Melaka dan Johor memberikan keyakinan awal bahawa rakyat telah kembali memilih BN sekaligus menolak PH sebagai pilihan rakyat.
Namun cita2 UMNO Kedah yang angkuh ini perlulah berpijak di bumi yang nyata berikutan ia bertentangan dengan pandangan bekas pimpinan veteran UMNO bahawa PAS bakal memperolehi lebih banyak kerusi dalam PRU15 nanti.
Tun Daim Zainuddin sebagai berkata, "Perpecahan dalam PH dan UMNO juga secara tidak langsung mendorong pengundi Melayu ke arah PAS".
Pandangan Tun Daim ini mungkin selari dengan analisa pilihanraya yang mendapati bahawa UMNO dan BN bakal kehilangan kerusi yang lebih banyak di Kedah.
Ini selari dengan petunjuk yang diperolehi dalam dua PRN di mana undi PAS meningkat 12.4 peratus di Melaka dan 16.35 peratus di Johor; apabila PAS berada dalam gabungan PN. Sedangkan pertambahan undi BN walaupun berlaku, sangatlah kecil.
Jika hal yang sama berlaku di Kedah, PAS hampir pasti menambah antara 5 hingga 8 kerusi. Pertambahan kerusi PAS tidak berlaku di PRN Johor dan tiada kerusi di PRN Melaka kerana kekuatan asas PAS jauh ketinggalan berbanding Umno, sedangkan di Kedah situasi sebaliknya antara PAS dan Umno.
Dalam PRU14 PAS yang bergerak solo mampu menang 15 kerusi DUN, sedangkan Umno yg bersama gabungan BN hanya menang 3 kerusi DUN. Apatah lagi kini PAS bergabung kekuatan dengan Bersatu dan Gerakan dalam PN.
Oleh itu tidaklah menghairankan mengapa Timbalan Presiden UMNO dalam siri jelajah ke Kedah baru2 ini berubah wajah dan nada selepas mendengar pembentangan analisa pilihanraya.
Dato Seri Mohammad Hassan berkata, "Peluang Barisan Nasional (BN) untuk merampas semula Kedah sukar ditafsir sekiranya UMNO bergerak solo pada PRU15 nanti berikutan dinamik politik sering berubah-ubah"
Analisa bagi kedudukan UMNO di Kedah mendapati BN tidak akan dapat menguasai Kedah berikutan tiada peningkatan kerusi di ADUN dan Parlimen.
Ini kerana walaupun BN akan berjaya merampas kembali beberapa kubu kuat UMNO namun akan kehilangan kerusi yang lain kepada PAS berikutan sentimen penolakan rakyat terhadap kluster mahkamah dalam UMNO. BN dijangka hanya akan memenangi 3 kerusi DUN sahaja dan ini tidak akan menamatkan mimpi mereka untuk menguasai Kedah.
Hasil daripada analisa PRU14 serta prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh kerajaan Kedah dalam dua tahun terkini memberikan bayangan rakyat Kedah akan terus memilih Parti PAS dalam PRU15 yang akan datang.
Kejayaan Dato Seri Mohammad Sanusi membawa masuk pelaburan berjumlah RM68.3 bilion pada tahun 2021 mengatasi negeri2 yang lain di Malaysia sekaligus berjaya meningkatkan peluang pekerjaan dan peluang ekonomi yang lebih baik kepada rakyat.
Jika disoroti analisa pilihanraya yang didapati, PAS sekiranya bergerak solo sahaja diramal akan dapat menguasai dua pertiga kerusi ADUN pada PRU15 nanti. Manakala ramalan bagi kerusi Parlimen dijangka akan meningkat kepada lebih separuh kerusi Parlimen.
Ramalan dan jangkaan ini seterusnya akan memberikan isyarat kepada parti2 yang lain bahawa PAS punya kemampuan sendiri untuk membentuk kerajaan di negeri Kedah.
Keyakinan ini turut dinyatakan sebagaimana dalam ucapan motivasi yang disampaikan oleh Presiden PAS ketika melancarkan gerakerja jentera pilihanraya di Kedah baru2 ini.
“Alhamdulillah dalam taklimat yang diberikan, saya dapati PAS Kedah mempunyai jentera-jentera yang sangat mencukupi.
"Cuma bagaimana kita nak urus jentera-jentera ini supaya berkesan untuk menarik pengundi2 yang seramai2nya menyokong kita.
“Kalau boleh kita memerintah bersendirian di Kedah. Bukan kita menumpang kerajaan campuran. Orang tumpang kita, kita menguasai kerajaan, seboleh-bolehnya begitu. Kedah boleh insya-Allah,” kata Tuan Guru Hadi Awang dalam motivasi itu.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.