https://critoxium.com/shop/

Terkini

Nur Jazlan ada gangguan psikologi - Mohd Amar


 KOTA BHARU: Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyifatkan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Nur Jazlan Mohamed sebagai mengalami gangguan psikologi.

Ini gara-gara kenyataannya yang mendakwa menteri dari Pas sebagai gagal memikul tanggungjawab dalam kerajaan.
 
Mohd Amar menempelak kenyataan Nur Jazlan itu yang melabel menteri dari Pas sebagai 'cap ayam'.
"Saya rasa Nur Jazlan ini ada masalah, ada masalah psikologi, sebab menteri kita ada tiga orang sahaja. 
 
Kenapa difokuskan kepada menteri Pas?
 
"Dan menteri Pas pegang jawatan macam alam sekitar, air, bukan benda besar dalam kerajaan. Dia (UMNO) ada lebih besar lagi, macam ekonomi, perdagangan, itu yang jadi fokus.
 
"Kemudian dia kata 'cap ayam', ukuran apa yang dia pakai? Kalau kita kata, dia tanding pilihan raya pun tak menang, itu cap apa?
 
"Dia kalah pilihan raya, cap apa itu? Lebih daripada ayam lagi," katanya.
 
 
Mohd Amar berkata ketiga-tiga menteri dari Pas menunjukkan prestasi yang membanggakan dalam kerajaan walaupun kali pertama berada dalam Kerajaan Persekutuan.
 
Beliau memberi contoh Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang berlatarbelakangkan agama namun dilantik mengepalai kementerian yang lain dari bidang pengajiannya.
 
Bagaimanapun, katanya, Tuan Ibrahim berjaya membuktikan keupayaan dan menunjukkan rekod cemerlang sepanjang menjadi menteri tersebut.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.