https://critoxium.com/shop/

Terkini

Mahkamah tolak permohonan injunksi Zahid terhadap Dr M

 


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi bagi mendapatkan perintah injunksi sementara terhadap Dr Mahathir Mohamad sementara menunggu penyelesaian kesnya dengan bekas perdana menteri itu.

Peguam Mahathir, Mior Nor Haidir Suhaimi dan Rafique Rashid Ali berkata hakim Rozana Ali Yusoff memutuskan perkara itu hari ini.

Kata mereka, hakim berkata sekarang bukan masanya untuk berhujah soal merit kes berkenaan.

Mahkamah memutuskan bahawa Zahid sebagai plaintif hendaklah membuktikan bahawa kenyataan Mahathir yang dipertikaikannya tidak betul.

April lalu, Zahid menyaman Mahathir susulan dakwaan dia meminta bantuan Mahathir supaya tuduhan rasuah terhadapnya digugurkan.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.