https://critoxium.com/shop/

Terkini

Kelemahan aplikasi bank didakwa punca wang hilang


PETALING JAYA: Kelemahan tahap keselamatan aplikasi bank dipercayai antara faktor menyumbang peningkatan kes kehilangan wang dalam akaun bank sejak kebelaka­ngan ini.

Bulan lalu syarikat kese­la­matan siber, Surfshark meletakkan Malaysia di tempat ke-11 sebagai negara paling banyak data dicerobohi pada suku kedua 2022.

Kajian itu menganalisis jutaan akaun yang diceroboh sepanjang April hingga Jun 2022 dan mendapati lebih 665,200 akaun milik rakyat Malaysia diceroboh berban­ding suku kedua tahun lalu.

Bukan itu sahaja, Malaysia menjadi negara keempat di Asia paling banyak data di­cerobohi selepas China, India dan Korea Selatan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Ainuddin Wahid Abdul Wahab menjelaskan, semua aplikasi bank di negara ini seharusnya mempunyai tahap keselamatan terbaik kerana perlu mendapatkan pengesahan daripada Bank Negara Malaysia (BNM).

“Setiap aplikasi bank perlu mendapatkan kelulusan daripada BNM, melalui audit atau semakan sama ada selamat atau tidak. Jadi, sepatutnya setiap aplikasi bank selamat.

“Selagi satu-satu aplikasi tidak mendapat kelulusan, mereka tidak boleh digunakan, tetapi jika diluluskan, maka tidak ada masalah untuk digunakan. Namun, tetap ada kemungkinan berlaku pencerobohan dan ini memerlukan respon daripada BNM,” katanya ketika dihubungi.

Justeru, kata beliau, tahap keselamatan aplikasi bank perlu disemak semula kerana ia boleh memberi kesan besar kepada pengguna

 

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.