https://critoxium.com/shop/

Terkini

Larang ahli politik sertai lembaga pengarah, kata ahli ekonomi

 


PETALING JAYA: Ahli ekonomi Terence Gomez mencadangkan Putrajaya agar mempertimbangkan untuk melarang ahli politik daripada dilantik menganggotai lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Ini susulan pendedahan kerajaan bahawa rang undang-undang pembiayaan politik yang akan datang mungkin termasuk peruntukan untuk melarang derma kepada parti politik daripada GLC yang mempunyai kontrak dengan kerajaan.

Gomez, yang meletakkan jawatan daripada Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) tahun lepas, memberitahu FMT, beliau mengesyaki ahli politik yang menerima gaji daripada GLC akan menyalurkan sebahagian daripada wang itu kepada parti mereka.

Menurutnya, beliau percaya “ramai ahli politik” berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah di banyak GLC peringkat persekutuan dan negeri.

Beliau menyambut baik cadangan larangan menderma, dengan mendakwa parti pemerintah telah menyalahgunakan GLC.

Thomas Fann, yang mempengerusikan kumpulan reformasi pilihan raya Bersih, berkata, rang undang-undang itu sepatutnya tidak membenarkan sebarang sumbangan tidak langsung.

Katanya, sumbangan itu seperti seperti penajaan tempat, hadiah dan hadiah cabutan bertuah serta penyediaan pengangkutan percuma untuk pengundi dan calon politik.

“Jika tidak, syarikat-syarikat ini akan mengeksploitasi kelemahan untuk menyalurkan dana kepada parti politik sebagai pertukaran untuk mendapat manfaat,” katanya.

Ahli Parlimen Subang Jaya, Wong Chen berkata, GLC dan firma lain yang mempunyai kontrak dengan kerajaan cenderung untuk menyokong kerajaan pada masa itu.

Manakala Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Tricia Yeoh berkata, GLC yang menggunakan dana awam bertanggungjawab kepada orang ramai dan mesti mengelakkan konflik kepentingan dengan mengelak daripada menderma kepada parti politik.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.