https://critoxium.com/shop/

Terkini

Petrol naik harga: Satu Indonesia marah Jokowi

 


JAKARTA: Pengumuman Presiden Joko Widodo (Jokowi) mengenai kenaikan harga minyak petrol kelmarin mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat.

Kebanyakannya berpendapat, tindakan itu tidak wajar ketika ekonomi rakyat masih belum pulih sepenuhnya akibat pandemik Covid-19, malah kadar pengangguran juga masih tinggi.

Namun, Jokowi menegaskan langkah itu (kenaikan harga petrol) merupakan pilihan terakhir yang boleh dilakukan kerajaan.

Anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) dari Parti Demokrat, Irwan menyifatkan Jokowi ‘mengabaikan suara rakyat’.

“Kenaikan harga bahan bakar bersubsidi ini merupakan satu bentuk pengabaian dan tidak peduli oleh kerajaan terhadap kesusahan rakyat ketika ini,” katanya seperti yang dilaporkan CNN Indonesia.

Irwan menilai, Jokowi sebenarnya ‘menambah masalah’ dan bukannya memenuhi amanat Perlembagaan untuk mensejahterakan rakyat.

Tegasnya, kenaikan harga petrol akan mengheret kenaikan sektor lain, terutamanya barangan makanan yang merupakan keperluan asas rakyat.

Turut senada, anggota DPR dari Parti Keadilan Sejahtera (PKS), Mulyanto yang menyifatkan kerajaan tidak ambil peduli masalah yang dihadapi masyarakat.

“Kami amat kecewa dengan keputusan tersebut. Masyarakat akan semakin menderita, terutamanya golongan yang berpendapatan rendah,” ujarnya.

Selain itu, Pengarah Pusat Pengajian Ekonomi dan Undang-Undang (Celios), Bhima Yudhistira turut melihat keputusan itu sebagai tidak tepat.

Katanya, pelbagai pihak perlu melakukan kenaikan harga untuk seiring dengan kenaikan harga bahan bakar, atau mereka perlu menanggung kerugian yang besar.

“Persoalannya, adakah rakyat sudah bersedia dengan semua ini? Sedangkan sebelum ini pun ramai yang terjejas akibat Covid-19,” katanya

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.