https://critoxium.com/shop/

Terkini

UMNO Kedah nafi terima jemputan ke Muktamar Pas


ALOR SETAR: UMNO Kedah menafika menerima undangan daripada Pas untuk hadir ke Muktamar Tahunan Ke-68 yang berlangsung dua hari bermula semalam di Kompleks Pas Kedah, dekat sini.https://www.aliexpress.com/

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan itu dikhuatiri menimbulkan kekeliruan terhadap orang ramai. 

“UMNO Kedah menegaskan, tiada sebarang undangan diterima daripada Setiausaha Agung Pas Pusat mahu pun mana-mana wakil Pas untuk menghadiri Muktamar Tahunan Pas. Adalah penting bagi UMNO Kedah menjelaskan situasi ini supaya tiada persepsi buruk wujud kelak,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Takiyuddin dalam sidang akhbarnya semalam mendakwa, parti itu menjemput beberapa parti lain termasuk Presiden, Majlis Tertinggi UMNO serta wakil UMNO negeri untuk hadir ke muktamar parti tersebut namun tiada jawapan diterima berhubung perkara itu. 

TAKIYUDDIN HASSAN

Jamil berkata, UMNO Kedah berasa kecewa dengan kenyataan tidak benar dikeluarkan Setiausaha Agung Pas itu. 

“Semoga penjelasan ini dapat mengelakkan sebarang kekeliruan yang mungkin timbul dalam kalangan pembaca,” katanya. 

Dalam pada itu, Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menggesa Takiyuddin memohon maaf secara terbuka berikutan kekeliruan ditimbulkan. 

“Umum sedia mengetahui reputasi Takiyuddin yang mengelirukan Parlimen dan Yang di-Pertuan Agong tidak lama dulu. Saya tidak hairan kecenderungan ini kembali diulangi semata-mata bagi menutupi kelemahan sendiri.

“Pendirian UMNO Kedah jelas, walaupun kami dilukai dan dikhianati sudah tentu jemputan itu akan dipertimbang sekiranya menerima undangan secara rasmi. Jelas, kami tidak menerima sebarang jemputan secara bertulis mahu pun lisan,” katanya.

 

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.