https://critoxium.com/shop/

Terkini

Zafrul, Annuar perlu jelaskan kesan kelewatan menara 5G

 


PETALING JAYA: Seorang Ahli Parlimen PKR menggesa Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz, dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa, menjelaskan kesan kelewatan pelancaran menara 5G Digital Nasional Bhd (DNB).

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil turut mempersoalkan adakah kesan kelewatan tersebut akan menjejaskan kontrak yang ditandatangani DNB serta pemilik ekuiti.

“Saya difahamkan DNB juga lewat dalam “rollout” menara-menara 5G, sepatutnya sudah cecah 4,500 tapi lebih kurang separuh sahaja yang telah tersedia. Ini belum mengambil kira pemasangan fiber ke menara-menara tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Fahmi yang juga pengarah penerangan PKR berkata “sekurang-kurangnya dua pengusaha utama perkhidmatan telekomunikasi” masih tidak meyakini Single Wholesale Network (SWN) yang dicadangkan MOF, KKMM melalui DNB.

Beliau memetik laporan Reuters yang memetik sumber mendedahkan, Maxis Bhd dan U Mobile tidak bercadang untuk “mengambil kepentingan dalam agensi 5G milik kerajaan”.

Laporan itu memperincikan bagaimana kedua-dua syarikat itu tidak melihat faedah sebagai pemegang saham minoriti dalam DNB, bagaimanapun mereka mahu kekal dalam perbincangan untuk akses kepada rangkaian 5G DNB.”

Berdasarkan laporan itu, Fahmi berkata “kelihatan model pemilikan ekuiti yang dicadangkan masih hadapi pelbagai rintangan”.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.