https://critoxium.com/shop/

Terkini

Cikgu Fadli dibebaskan dari tindakan tatatertib


 Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan memutuskan guru sekolah rendah, Mohd Fadli Mohd Salleh tidak bersalah dan dibebaskan dari tindakan tatatertib selepas dirujuk ke lembaga itu kerana mengkritik beberapa isu mengenai persekolahan.

Mohd Fadli, yang mengajar di sebuah sekolah rendah di Gombak bersiaran secara langsung di Facebook memaklumkan perkara berkenaan.

Dalam siaran langsungnya malam ini, Mohd Fadli berkata bahawa keputusan lembaga tatatertib untuk membebaskannya kerana tekanan daripada netizen.

"Keputusan yang saya tidak salah ini, mungkin ini pandangan peribadi saya, antara sebab utamanya, saya dikatakan tidak bersalah kerana tekanan netizen.

"Saya percaya kalau saya dijatuhkan hukuman bersalah, rakyat akan bangkit dengan lebih marah lagi.

"Sokongan banyak kerana saya yakin saya benar kerana apa yang dilakukan kepada saya oleh orang tertentu adalah cubaan balas dendam, jatuhkan hukuman zalim dan tak logik," katanya.

Sebelum ini, Mohd Fadli mendakwa dia berdepan tindakan dibuang kerja atau diturunkan pangkat kerana menyuarakan pandangan mengenai isu persekolahan termasuk silibus pembelajaran yang menurutnya terlalu tinggi dan tidak sesuai.

Dia turut membangkitkan bilangan murid di dalam kelas yang terlalu ramai selain subjek pembelajaran yang banyak serta isu beg berat.

Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan bersidang semalam bagi membuat keputusan berhubung tindakan ke atas Mohd Fadli.

Isu itu juga sebelum ini mendapat perhatian perdana menteri sementara Ismail Sabri Yaakob.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.