https://critoxium.com/shop/

Terkini

Ku Li bimbang Umno ‘tempah maut’ buat PRU15 tanpa persediaan rapi


 PETALING JAYA: Ketetapan Majlis Kerja Tertinggi Umno yang mahu pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan pada tahun ini diibaratkan seperti “menempah maut” jika jentera parti itu tiada persediaan rapi, kata Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

Lebih dikenali dengan panggilan Ku Li, veteran Umno itu, berkata Umno sebagai parti harapan orang Melayu tidak boleh hilang pengaruh dan kedudukannya sekiranya kalah pada PRU kali ini.

“Baguslah nak adakan PRU, tetapi kalau kita tak bersedia… kita seolah-olah nak cari maut.

“Jadi, kita tak mahu menghadapi pilihan raya dan kalah… jika kalah kali ini, teruk kita,” katanya menurut Astro Awani.

Beliau turut menegur cadangan mengadakan pilihan raya pada tahun ini memandangkan musim tengkujuh yang bakal melanda pada hujung tahun.

“Keputusan nak adakan PRU15 seumpama ini… saya rasa kita kena bertindak dengan logik dan dengan asas yang kuat, tak boleh kita ikut nafsu semata-mata.

“Kita sendiri nak lari… nak selamatkan diri (daripada banjir) macam mana nak adakan pilihan raya. Kita pun minta rakyat selamatkan diri, jadi masa mana mereka nak berfikir soal undi kalau mereka terpaksa cari tempat tinggi, tempat selamat dan sebagainya,” katanya.

Semalam, mesyuarat MKT Umno membuat ketetapan supaya PRU15 diadakan pada tahun ini.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.