https://critoxium.com/shop/

Terkini

Hadi obses dengan isu perkauman, kata Anwar

 


ALOR SETAR: Anwar Ibrahim membidas Abdul Hadi Awang terlalu obses dengan isu perkauman, selepas presiden PAS itu mendakwa beliau digunakan DAP untuk memikat pengundi Melayu.

Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata, Hadi masih tertumpu kepada isu perkauman, sedangkan rakyat kini lebih bimbang mengenai ekonomi.

“Saya bukan bodohlah Hadi,” kata Anwar dalam ceramah di sini.

“Saya percaya saya kena jaga orang Melayu yang majoriti. Tetapi, kalau saya mahu jadi ketua negara ini, saya mesti jaga orang Cina macam keluarga saya sendiri, baru kita boleh selamat. Sama juga dengan orang India.”Baru-baru ini, Hadi dilaporkan berkata, DAP menggunakan Anwar dan juga calon Melayu parti itu untuk memancing undi orang Melayu, seperti Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura menggunakan Yusof Ishak untuk kekal berkuasa. DAP bermula sebagai cabang PAP, yang memerintah Singapura sejak 1959.

Dalam ceramah itu, Anwar turut menyentuh pengimportan beras yang dimonopoli Bernas, pengedar beras negara.

Katanya, Ahli Parlimen Pakatan Harapan seperti Mahfuz Omar dan Chan Ming Kai pernah membantah isu monopoli oleh Bernas.

Menurutnya, syarikat tersenarai di Bursa Malaysia itu patut mengagihkan sahamnya kepada persatuan penanam padi dan pekebun kecil supaya mereka dapat menikmati keuntungannya.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.