https://critoxium.com/shop/

Terkini

Harga ikan dijangka naik 2 kali ganda pada kemuncak musim tengkujuh

 


BUKIT GANTANG: Harga ikan yang naik sekitar 15% sejak awal bulan ini, dijangka terus meningkat dua kali ganda pada kemuncak musim tengkujuh, menurut Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Bagaimanapun, Pengerusi LKIM, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, pihaknya sudah bersedia dengan alternatif untuk mengeluarkan bekalan ikan sejuk beku ke pasaran.

Langkah itu, katanya, akan diambil sehingga bekalan kembali stabil pada Mei depan, walaupun musim tengkujuh dijangka berakhir Mac nanti.

“Biasanya, harga akan naik dua kali ganda bila musim tengkujuh, kalau RM10 jadi RM20, kalau RM20 jadi RM40, tetapi seperti biasa, kita akan keluarkan stok ikan beku untuk dipasarkan.

“Dijangka musim tengkujuh selesai pada Mac dan biasanya ikan dapat mendarat sepenuhnya macam biasa pada Mei,” katanya selepas menghadiri pertandingan memancing Kelubong Challenge.

Selain bekalan ikan sejuk beku, LKIM juga akan meningkatkan pengimportan ikan serta menggalakkan rakyat makan ikan darat atau ikan ternakan kolam.

Terdahulu, Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat), Abdul Hamid Bahari dilaporkan berkata, harga ikan melonjak sehingga 15% sejak awal bulan ini, ekoran laut bergelora dan cuaca tidak menentu ketika ini akibat fasa peralihan monsun timur laut.

Katanya, walaupun nelayan masih turun ke laut, tetapi hasilnya tidak begitu banyak seperti dahulu, sekali gus menyebabkan bekalan berkurangan dan kenaikan harga.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.