https://critoxium.com/shop/

Terkini

Pencalonan Asyraf Wajdi ditentang habis habisan akar umbi Umno Gerik

Nampaknya pencalonan Ketua Pemuda Umno Malaysia Dr Asyraf Wajdi Dusuki untuk Parlimen Gerik sebagaimana diumumkan semalam ditentang habis-habisan akar umbi Umno Gerik.

Ini kerana, pimpinan Umno BN negeri serta komponen-komponen parti menolak calon daripada luar.

Pencalonan Asyraf Wajdi ditentang habis habisan akar umbi Umno Gerik- "Mengapa tidak pilih kita, apa kurangnya?"Asyraf Wajdi Dusuki pernah bertanding di kerusi Parlimen di Kelantan antaranya Tumpat dan Pasir Puteh.

Di dalam pengumuman calon BN malam tadi Asyraf dicalonkan bagi kerusi Parlimen Gerik, namun akar umbi Umno Gerik menentang pencalonan itu. 

Dalam satu video yang sedang tular kelihatan akar umbi Umno bersama kain rentang yang tertulis ‘menolak calon luar’ menzahirkan rasa tidak puas hati dengan keputusan pucuk pimpinan tertinggi Umno.

“Saya bukan hendak menghasut tetapi ini adalah ketetapan kita nak ingatkan tolak calon luar…itu yang kita tetapkan dan kita telah menamakan 13 calon-calon daripada Umno Bahagian Gerik untuk dipilih pucuk pimpinan.

“Mengapa tidak pilih kita, apa kurangnya kita (calon tempatan).

“Ini tempat kita ini budaya kita ini calon kita, betul?

“Bukan nak menghasut tetapi penat dengan permainan ini, ” kata Naib Ketua Umno Bahagian Gerik.

Menurut Naib Ketua Bahagian itu beliau langsung tidak dihubungi oleh mana-mana pimpinan tentang calon yang dipilih.

“Saya Naib Ketua Umno Bahagian langsung tidak dihubungi macam mana saya hendak menjawab dengan ahli ahli Umno,” kata beliau dalam video itu.

Terdahulu, Menurut Ketua Wanita Umno Bahagian Gerik Salbiah Mohamed, Umno bahagian sebulat suara memutuskan tidak menerima calon luar daripada bertanding di Parlimen Gerik.

 

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.