https://critoxium.com/shop/

Terkini

Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri ?


 
Oleh Mohd Sayuti Omar

Pembentukan kabinet Anwar Ibrahim ditunggu. Saya menjangka esok beliau akan membuat pengumuman kabinet. Tidak elok ditunggu lama-lama kerana ia akan ditafsirkan sebagai bermasalah. Kebijakan dalam politik menyelesaikan masalah dan menutup ruang berpolemik. Bekah kena jahit cepat.
 
Dalam penantian orang sedang menunggu apakah presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi akan dibawa masuk sama dalam kabinet. Timbul pelbagai pandangan mengenai Zahid ini disebabkan beliau masih tersangkut dalam kes mahkamah. 
 
Naib presiden Keadilan Nik Nazmi Nik Ahmad terang-terang seperti tidak mengingini Zahid berada dalam kabinet. 
 
Apakah suara Nik Nazmi itu suara rakannya Rafizi Ramli? 
 
Semalam Anwar menjelaskan seseorang itu tidak akan bersalah selagi mahkamah tidak menghukumnya. Frasa ini juga sering diguna pakai oleh Tok Dor Hadi. Menafsir penjelasan itu semacam Anwar akan bawa Zahid ke dalam kabinet guna mengemaskan kerajaannya. 
 
Semua pihak kena sedar akan perkara ini. Zahid adalah presiden Umno yang bertanggungjawab mempertangkupkan BN dengan PH sehinggakan memungkina Anwar jadi perdana menteri. Apa dilakukan Zahid adalah pengorbanan dan jasa besar buat Anwar. Menjadi PM adalah cita-cira pajang Anwar. Membalas jasa menunjukkan orang reti nilai budi. 
 
Apa salah kalau beliau bawa rakannya itu ke dalam kabinet dengan jasa dan pengorbanan itu. Ketika ini bagi Anwar perkara penting kestabilan kerajaanya. Umno tetap menjadi tongkat serandang utama kerajaannya. PH kena insaf mereka hanya ada 82 kerusi sahaja. 
 
Nilai pengkhianatan Zahid kepada Anwar jika boleh diukur, tidak sama dengan pengkhianatan Azmin Ali dan pengkhianatan Jaafar Kamaruddin kepada Anwar. Dan kalau sebelum ini Zahid dianggap mengkhianati Anwar kerana meninggalkan reformasi, tetapi pengorbanan besarnya 24 November boleh mensucikan segala dosa-dosa lalu. 
 
Bagi saya sewajarnya kalau Zahid dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri. Dan sekiranya perbicaraanya dimahkamah mendapati beliau bersalah, beliau boleh berundur. Jika ini terjadi di sini tidak timbul soal Anwar tidak mengenang jasa-jasa besar Zahid dan Umno mewujudkan kerajaan perpaduan itu. 
 
Selepas ini kalau Tok Dor Hadi atau Mahiaddin nak komen, no problem, sebab ada kata-kata bidalan buat pembangkang, mereka tidak dinamakan pembangkang kalau tidak membangkang. Tok Dor pula akan tetap mengail di kolam yang tidak ada ikan.
 
Politik itu bukan agama yang ada rukun dan hukum yang rigid. Fahami ini selamat. Trims.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.