https://critoxium.com/shop/

Terkini

Agong, Raja Permaisuri berbuka puasa bersama Jemaah Menteri

 


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama Jemaah Menteri dan perwakilan asing di Istana Negara, malam ini.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan isteri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang pulang daripada lawatan kerja rasmi ke Arab Saudi petang tadi, turut hadir pada majlis itu.

Turut hadir kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dan Fadillah Yusof.

Antara Jemaah Menteri yang hadir ialah Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pertahanan Mohamad Hasan dan Menteri Luar Zambry Abdul Kadir serta timbalan-timbalan menteri.

Individu kenamaan lain turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, Peguam Negara Idrus Harun, Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Johari Abdul serta Yang Dipertua Dewan Negara Rais Yatim.

Majlis itu turut dihadiri perwakilan asing antaranya dari Yaman, Turki, Arab Saudi, Syria, Jordan, Mesir, Senegal, Palestin, Bangladesh, Libya, India dan Brunei.

Seramai 15 penuntut dan seorang guru dari Pusat Tahfiz Darus Syabab Kepong turut menyertai majlis itu.

Seri Paduka berdua juga berkenan menunaikan solat Maghrib berjemaah bersama tetamu yang diimamkan Penolong Pegawai Agama Istana Negara Mohd Zuhairee Mohd Yatim di surau Istana Negara.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.