https://critoxium.com/shop/

Terkini

PM umum Tol Rahmah, diskaun barangan sempena 1 Syawal

 


Pengguna lebuh raya di negara ini akan menikmati perjalanan bebas tol dari 19 hingga 21 April, serta 24 April ini sempena sambutan Aidilfitri.

Pelepasan istimewa itu diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim petang ini.

Kata Anwar pelepasan bayaran tol itu akan dilaksanakan ke atas semua jenis kenderaan yang menggunakan 33 lebuh raya di negara ini.

“Kerajaan bersetuju melaksanakan Tol Rahmah percuma iaitu pengecualian bayaran tol selama empat hari untuk dinikmati semua pengguna jalan raya yang pulang ke kampung halaman,” katanya.

Dia turut menyatakan kerajaan bekerjasama dengan pasar raya terpilih untuk menawarkan barangan mentah pada kadar diskaun khas untuk pengusaha Menu Rahmah.

Kata Anwar kadar diskaun khas harga barangan mentah akan diberikan kepada pengusaha menu Rahmah bagi memastikan kelestarian inisiatif itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Melalui ikhtiar ini, diharapkan dapat memberi kelegaan kepada para pengusaha dan seterusnya memastikan kelangsungan pelaksanaan menu Rahmah yang telah memberikan manfaat besar khususnya kepada rakyat yang kurang berkemampuan,” katanya.

Turut dilaksanakan ialah diskaun untuk saman trafik pada tarikh antara 21 April hingga 21 Mei ini.

Semua saman polis itu, tambahnya, akan dikenakan kompaun RM50 saja. Bagaimanapun menurut ahli parlimen Tambun itu lagi, tawaran tersebut tidak terpakai kepada kesalahan lalu lintas yang dilakukan pada tahun ini.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.