https://critoxium.com/shop/

Terkini

Abim: Sagu hati AKSB tak tepati konsep fiqah keutamaan

 


Angkatan Belia Islam Malaysia Negeri Kelantan (Abim) Kelantan menyifatkan pemberian sagu hati kepada ahli lembaga pengarah Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) tidak menepati konsep fiqh aulawiyat (fiqah keutamaan) dalam pengurusan agensi kerajaan negeri.

Apatah lagi, kata naib yang dipertuanya Saifulnizam Muhamad, AKSB sebagai syarikat pembekalan air terawat Kelantan pernah mengakui memerlukan suntikan dana besar bagi menyelesaikan isu perbekalan air.

Memetik laporan akhbar pada 14 Mei lalu, katanya, Pengurus Besar AKSB Nazmi Ghazali Azmi berkata isu air Kelantan memerlukan sumber kewangan sebanyak RM5.03 billion.

“Namun pemberian sagu hati Aidilfitri kepada ahli lembaga pengarah AKSB tidak menepati fiqh aulawiyat kerana pemberian sagu hati itu ialah ’mengutamakan sesuatu yang sepatutnya dikemudiankan’, sedangkan pengamalan yang sepatutnya ialah ’mengutamakan sesuatu yang perlu diberi keutamaan’.

“Justeru kami menggesa ahli lembaga pengarah AKSB memperbetulkan tindakan itu dengan membuat kenyataan rasmi berkaitan isu ini segera dan bertanggungjawab dengan isu ini jika benar berlaku,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Malaysiakini semalam melaporkan tularnya notis kelulusan AKSB berhubung pemberian sagu hati Aidilfitri sebanyak RM10,000 kepada ahli lembaga pengarah AKSB.

Pemberian sagu hati itu dipercayai membabitkan sembilan ahli lembaga pengarah, selain setiausaha syarikat didakwa menerima RM2,000 dan kakitangan RM200.

AKSB membuat laporan polis berikutan kebocoran dokumen sulit yang menurutnya dikelaskan bawah Akta Rahsia Rasmi 1972, menurut sumber.

Berdepan kritikan, Pemuda PAS Kelantan mempertahankan pemberian sagu hati tahunan itu sebagai prosedur biasa sebagai menghargai kerja-kerja memerah minda dan keputusan-keputusan dasar pihak pengurusan.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.