https://critoxium.com/shop/

Terkini

Gambar bekas pemimpin UMNO hanya dipasang ketika PAU - Sumali


 SHAH ALAM: Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan membidas kenyataan bekas naib presiden parti itu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berhubung gambar bekas pemimpin UMNO yang didakwa 'hilang' semasa Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan.

Menurutnya, gambar bekas pemimpin UMNO hanya akan dipasang oleh perunding setiap kali Perhimpunan Agung UMNO (PAU) diadakan.
 
"Sebagai Setiausaha Kerja, saya terpanggil untuk menjawab dan saya bertanggungjawab menguruskan persiapan Dewan Merdeka setiap kali PAU.
 
"Gambar presiden-presiden UMNO hanya akan dipasang oleh perunding kita hanya setiap kali PAU. Dari zaman-zaman sebelumnya.
 
"Dewan Merdeka bukan hanya untuk PAU setahun sekali. Ada banyak lagi pihak yang akan menyewa Dewan Merdeka pelbagai program dan majlis termasuk majlis perkahwinan," katanya di Facebook pada Ahad.
 
Pada Ahad, Hishammuddin menyifatkan Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) minggu lalu sebagai janggal.
 
Menurut Hishammuddin, antaranya ia diadakan di Dewan Merdeka, iaitu rumah UMNO sendiri selain mendakwa gambar-gambar bekas pemimpin UMNO yang telah banyak berkorban untuk perjuangan parti 'dihilangkan' dalam Dewan Merdeka semasa konvensyen.
 
Mengulas lanjut, Mohd Sumali berkata, himpunan Muafakat Nasional (MN) sebelum ini juga tidak ada gambar pemimpin UMNO dalam dewan tersebut.
 
"Himpunan MN dulu pun tak ada gambar-gambar pemimpin UMNO, tak berbunyi apa-apa.
"Saya yakin semua pemimpin UMNO tahu atau wallahua'lam," ujarnya. - Sinar Harian

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.