https://critoxium.com/shop/

Terkini

Hanya individu berkelayakan dilantik ke badan berkanun, GLC, kata Anwar

 


PETALING JAYA: Hanya individu yang berkelayakan akan dilantik bagi menerajui badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah Kementerian Kewangan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga menteri kewangan, berkata pelantikan ahli lembaga pengarah (ALP) dalam badan berkanun persekutuan (BBP) dan syarikat-syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD) bukan semata-mata untuk mengisi kekosongan tetapi berdasarkan keperluan masing-masing.

Dalam jawapan bertulis di Parlimen, beliau berkata latar belakang dan keupayaan calon diambil kira sebelum mereka dilantik ke jawatan itu.

Ads by Kiosked

“Justeru itu, hanya individu yang berkelayakan atau memenuhi kriteria ‘fit and proper’ sahaja yang dilantik untuk menerajui Lembaga Pengarah BBP dan syarikat-syarikat MKD,” katanya.

Anwar berkata pelantikan itu juga mengambil kira keperluan dan ‘core business’ BBP dan syarikat itu sendiri bagi membolehkan lembaga pengarah berkenaan beroperasi pada tahap yang optimum.

Katanya, calon mesti mempunyai sekurang-kurangnya ijazah, atau kelayakan akademik lain yang setara, pengalaman dalam industri berkaitan, dan kepakaran yang berkaitan dengan badan kawal selia atau GLC.

“Kriteria berkenaan merupakan kaedah bagi meningkatkan keupayaan barisan kepimpinan ALP BBP dan syarikat MKD dengan memperluaskan serta mempelbagaikan lagi komposisi ahli-ahlinya daripada segi kemampuan, kepakaran dan pengalaman.

“Pengalaman sama ada dalam bidang operasi, teknikal, profesional atau pendedahan spesifik kepada sektor berkaitan adalah penting bagi memastikan mereka dipilih bagi memantapkan struktur lembaga pengarah,” katanya.

Anwar berkata semua pelantikan lembaga pengarah, termasuk pelantikan politik, mesti melalui proses tapisan bagi memastikan calon berkemampuan untuk memegang jawatan itu.

Beliau menambah bahawa calon untuk GLC yang tersenarai di Bursa Malaysia diteliti oleh Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan serta Lembaga Pengarah syarikat masing-masing.

Calon juga ditapis oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Insolvensi, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, dan Bank Negara Malaysia.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.