https://critoxium.com/shop/

Terkini

Mei 2024 - Bicara kes rasuah RM15 juta dikait bekas menteri KDN

 


Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini menetapkan 10 hari pada Mei tahun depan untuk perbicaraan penuh seorang ‘Datuk Seri’ yang didakwa atas empat pertuduhan rasuah yang menyebut nama bekas menteri dalam negeri Hamzah Zainudin.

Hakim Rozina Ayob menetapkan tarikh perbicaraan pagi ini semasa sebutan kes terhadap ahli perniagaan Sim Choo Thiam.

Rozina menetapkan 6 hingga 10 Mei serta 13 hingga 17 Mei tahun depan untuk perbicaraan penuh. Dia juga telah menetapkan 21 Feb tahun depan untuk sebutan lanjut kes berkenaan.

Sim berdepan  satu pertuduhan meminta dan tiga pertuduhan menerima rasuah membabitkan RM15 juta yang kononnya berlaku dua tahun lalu.

Pada 10 Mei lalu, Sim mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan berhubung empat pertuduhan rasuah yang dituduh dilakukan antara Jun (tiada tarikh tertentu disebut) dan 30 Julai 2021.

Lelaki berusia 63 tahun itu dituduh melakukan kesalahan itu, sebagai dorongan untuk Hamzah, yang ketika itu menteri dalam negeri semasa pentadbiran Perikatan Nasional, untuk membantu Asia Coding Centre Sdn Bhd untuk mendapatkan sebarang projek daripada agensi di bawah kementerian berkenaan.

Sim dituduh meminta dan menerima rasuah daripada pengarah urusan Asia Coding Centre Hep Kim Hong, melalui Syed Abu Zhafran Syed Ahmad.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Solaris Dutamas, Jalan Dutamas 1, Kuala Lumpur.

Pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009, dengan Seksyen 24(1) akta sama memperuntukkan hukuman penjara maksimum tidak melebihi 20 tahun, serta denda tidak kurang lima kali ganda jumlah rasuah yang terlibat atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika tertuduh didapati bersalah.

Dia dibenarkan diikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin dan diarahkan supaya menyerahkan pasportnya serta melaporkan diri di ibu pejabat SPRM terdekat di Kuala Lumpur sebulan sekali.

Pada 11 Mei lalu, Hamzah yang juga adalah ketua pembangkang mendakwa tindakan mengaitkan namanya dalam empat pertuduhan rasuah dalam kes tersebut adalah sebagai muslihat politik yang bertujuan untuk mencemarkan nama baiknya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya  Nor Asma Ahmad, manakala Sim diwakili peguam Low Wei Loke, Hannah Kam dan Kee Wei Lon.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.