https://critoxium.com/shop/

Terkini

Melawan Takfiri Pas Perjuangan Tanpa Noktah


Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

Islam bagi Pas ialah hudud. Kemudian berinovasi menjadi RUU 355. Kemudian berinovasi lagi menjadi tutup premis judi. Kini yang tinggal hanya tutup premis judi. Hudud dan RUU 355 sudah tidak berbunyi lagi.

Pas pernah mengkafirkan Umno sebab tidak melaksanakan hudud. Kemudian Pas mengkafirkan PH sebab tidak bawa RUU 355 ke parlimen. 
 
Kini Pas sedang mempersoalkan aqidah orang yang menanggapi isu tutup premsi judi melalui perspektif yang berbeza.
 
Fahaman dan amalan takfiri Pas tidak mengendur.
 
 Perkara yang berinovasi hanyalah alasan untuk mengkafirkan. Saya terbaca satu komen orang Pas terhadap isu tutup premis judi yang berbunyi, "Mu kafir ke Islam?", terhadap sudut pandang yang berbeza dalam isu berkenaan.
 
Soalan itu mirip soalan kepada orang yang melihat isu pelaksanaan hudud dan RUU 355 dari perspektif undang-undang serta pertimbangan maslahah dan mafsadah.
 
 Bagi Pas, wajib buat hudud tanpa mengambilkira keutamaan, realiti, keperluan, syarat dan alasan. Sama seperti isu RUU 355 dan tutup premis judi.
 
Mengkafirkan orang Islam adalah modal politik Pas. Bagi orang Islam yang malas berfikir dan mengambil agama secara sentimen, dengan modal itu Pas diterima secara totok sebagai pejuang Islam tanpa melihat perjuangan Islam dalam kerangka yang lebih komprehensif.
 
Memang letih untuk berdepan kebejatan takfiri bawaan Pas. Tapi kita tidak ada pilihan. Takfiri Pas wajib dilawan terus.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.