https://critoxium.com/shop/

Terkini

“Panggil saya Kit”, pemimpin DAP enggan digelar Tan Sri selepas terima anugerah

 


Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang enggan mengubah panggilannya walaupun telah menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran ‘Tan Sri’.

Malah, menerusi hantaran di laman Facebook miliknya, Kit Siang memaklumkan bahawa dirinya lebih selesa dipanggil dengan nama ‘Kit’.

Dalam hantaran yang sama, bekas pengerusi DAP itu turut berterima kasih kepada orang ramai yang memberikan ucapan tahniah kepadanya.

‘Kit’ menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023 bagi Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM), bawah kategori pertubuhan politik.

“Terima kasih kepada semua yang mengucapkan tahniah, tetapi saya lebih suka orang hanya memanggil saya Kit,” tulisnya.

Difahamkan, tokoh politik berusia 82 tahun itu merupakan pemimpin DAP pertama yang dianugerahkan dengan gelaran berkenaan.

Mengumumkan pesaraan pada tahun lalu, Kit Siang pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen di tujuh kawasan sejak 1969 hingga 2022.

Darjah kebesaran itu diberi sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Selain Kit Siang, bekas pemimpin PAS iaitu Allahyarham Nik Abdul Aziz turut menerima Darjah Kebesaran PSM dengan gelaran Tan Sri.

Mursyidul Am Pas yang meninggal dunia pada 12 Februari 2015 itu menerima darjah kebesaran tersebut bagi kategori perkhidmatan awam.

 

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.