https://critoxium.com/shop/

Terkini

PM: Pendidikan percuma sampai ke universiti perlukan masa


Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata dia percaya pendidikan harus diberikan percuma kepada rakyat dari sekolah rendah sehingga ke universiti, kecuali melibatkan golongan kaya.

Bagaimanapun, katanya, hal itu tidak mampu dilakukan kerajaan sekarang kerana kekangan kewangan.

Bercakap pada sesi dialog bersama mahasiswa hari ini, perdana menteri meminta orang ramai memberi masa kepada kerajaan untuk menguruskan perbelanjaan negara termasuk melakukan reformasi terhadap sistem subsidi.

"Kalau tanya saya, pendapat peribadi saya (mengenai) falsafah pendidikan, pendidikan itu harus percuma dari sekolah rendah ke universiti, melainkan golongan kaya,” katanya.

Anwar berucap pada Program Cakna Dan Dialog Malaysia Madani' bersama pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi.

Perdana menteri menjawab soalan daripada salah seorang peserta mengenai langkah kerajaan ke arah menyediakan pendidikan tinggi percuma kepada semua pelajar.

Menurut perdana menteri, kerajaan menanggung hutang negara yang besar berjumlah RM1.3 trilion.

Justeru, tegasnya, ia adalah antara sebab mengapa kerajaan membuat keputusan untuk memotong subsidi bagi golongan kaya.

“Yang saya tarik ini bukan untuk rakyat umum. Untuk orang kaya, gaji RM50,000, tak perlulah subsidi.

"Saya kata golongan kaya dia tak perlu subsidi, dia bayar kos. Apa kaitan ini semua? Kita kena turunkan subdisi. Umpamanya diesel. Subsidi diambil orang kaya 40 peratus. Orang kaya (pakai) kereta besar.

“Maknanya kalau ini semua boleh dikawal, kos pendidikan pelajar kita (boleh) minimakan dari peringkat awal,” jelasnya.

Sementara itu, pada majlis sama, Anwar turut memberi jaminan kepada pelajar perubatan bahawa mereka tidak perlu bimbang sekiranya tidak mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian.

Menurutnnya lebihan doktor tidak akan menjadi masalah besar kepada negara ini memandangkan masih terdapat permintaan untuk pegawai perubatan.

Tanpa, sekiranya kekurangan pekerjaan di sektor berkenaan, kerajaan mungkin boleh menghantar memerlukan ke negara lain yang memerlukan doktor, seperti negara-negara Afrika.

Anwar memberitahu hadirin bahawa kerajaan juga sedang berusaha sedaya upaya untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi golongan doktor di negara ini termasuk isu doktor kontrak.

“Bila saya ambil alih tugas tahun lalu, saya terus menyediakan dana untuk menyelesaikan sebahagian besar satu pertiga (doktor kontrak), (kira-kira) 4,000 kita selesaikan tahun ini. Kita serap (ke jawatan tetap).

“Mudah-mudahan dalam tiga tahun kita selesaikan masalah doktor kontrak. Saudara harus faham, kita terbeban,” katanya.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.