https://critoxium.com/shop/

Terkini

Wakil rakyat tumpu bangunkan lokasi pelancongan di Rawang

 


Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 22 JUN: Keunikan Rawang yang kaya dengan tinggalan sejarah dan keindahan alam semula jadi menjadi antara faktor wakil rakyatnya mahu menjadikan kawasan itu lokasi tumpuan pelancong.

Chua Wei Kiat berkata kawasan itu berpotensi menjadi tumpuan khususnya pengunjung dari Kuala Lumpur pada hujung minggu memandangkan lokasinya berhampiran pusat bandar.

Jelasnya, usaha membangunkan sektor pelancongan di kawasan itu bertujuan memastikan industri terbabit terus berkembang selain memberi manfaat dan merancakkan ekonomi penduduk.

Ahli Dewan Negeri Rawang Chua Wei Kiat

“Rawang unik kerana ada bandar perlombongan arang batu sejak 1908 di Batu Arang yang mana pelancong boleh lihat tinggalan aktiviti perlombongan seperti terowong, serombong api dan sebagainya.

“Malah kita ada kawasan ekopelancongan seperti Hutan Rimba Templer, Taman Eko Rimba Kanching selain Selangor Fruit Valley yang berpotensi jadi destinasi pelancongan khususnya pada hujung minggu,” katanya ketika dihubungi.

Wei Kiat menjelaskan pihaknya mahu mengemukakan cadangan kepada Tourism Selangor agar kemudahan infrastruktur yang uzur di kawasan itu ditambah baik demi keselamatan pengunjung.

“Walaupun kemudahan di sini lengkap berbanding lokasi taman rimba lain namun ia nampak uzur dan ada yang rosak kerana sudah bertahun-tahun dibina, jadi kita syor agar utamakan faktor ini supaya tidak berlaku kejadian tidak diingini,” katanya.

Tambahnya lagi, Rawang menjadi tumpuan penduduk utara tanah air seperti Tanjung Malim, Perak untuk membeli-belah terutama menjelang perayaan Deepavali selain menjadi syurga makanan tradisi masyarakat India.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.