https://critoxium.com/shop/

Terkini

Wan Suraya dilantik Ketua Audit Negara baharu


 PUTRAJAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM) Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi dilantik sebagai Ketua Audit Negara berkuat kuasa esok, umum Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali hari ini.

Mohd Zuki berkata pelantikan itu selaras dengan Perkara 105 (1) Perlembagaan Persekutuan dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja.
 
"Pelantikan beliau adalah berdasarkan kepada kepimpinan dan pengalaman luas sepanjang 29 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam," kata Mohd Zuki dalam satu kenyataan. 
Wan Suraya menggantikan Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid yang tamat kontrak sebagai Ketua Audit Negara pada Februari lepas.
-- BERNAMA

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.