https://critoxium.com/shop/

Terkini

Kit Siang arah peguam tuntut pampasan dari Annuar

 


PETALING JAYA: Veteran DAP, Lim Kit Siang memutuskan untuk menuntut pampasan daripada Annuar Musa selepas ahli baharu PAS itu dilapor mengaitkannya dengan rusuhan kaum 13 Mei 1969.

“Saya sudah mengarahkan peguam saya tidak menerima permohonan maaf Annuar dan menegaskan tuntutan pampasan kerana memfitnah saya,” kata bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu dalam kenyataan.

Dua hari lalu, Lim mengancam menyaman Annuar selepas beliau dilapor mengaitkannya dengan peristiwa berdarah 13 Mei, dalam satu ceramah di Kelantan, menjelang PRN tidak lama lagi.

Annuar kemudian mencabar Lim segera menyamannya.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.