'Saya bukan boneka sesiapa' - Anwar balas dakwaan Dr M k'jaan akur pada DAP
Perdana Menteri Anwar Ibrahim membalas semula kenyataan yang membayangkan dia tunduk kepada mana-mana pihak.
Ia setelah Dr Mahathir Mohamad mendakwa kerajaan pimpinan Anwar terikat dengan DAP kerana parti itu memiliki anggota parlimen yang ramai.
"Ada dibahaskan (kata) kita tunduk kerana dokongan parti berasaskan Cina, DAP yang menguasai (kerajaan).
"Perdana menteri adalah saya, saya bukan boneka sesiapa.
"Alhamdulillah umur (saya) akan jejah 76 tahun. Saya tak boleh dibeli dengan wang ringgit, kalau boleh dibeli saya dah melencong lama dah," katanya dalam forum di Putrajaya, hari ini.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.