https://critoxium.com/shop/

Terkini

Kenapa Saya Tidak Berminat Sertai Pas ?


Oleh Norman Radzuan

Presiden PAS menuduh kerajaan Perpaduan sebagai Dajjal tetapi ramai kalangan agamawan di negara ini mengatakan PAS sebagai Khawarij dan juga kelompok Ulama Su’. Skg ini mana lebih kurang mudarat Dajjal atau Ulama Su’?

Ada yg terkejut apabila Presiden PAS menuduh UMNO dan PH sebagai Dajjal. Satu tohmahan yg sgt berat sesama Islam. Bagi saya ia bukan sesuatu yg menghairankan kerana sebelum ini UMNO pernah dikafirkan.

Umum mengetahui bagaimana terdapat hadis mengatakan ‘Ada makhluk yg lebih dasyat bencananya daripada Dajjal.’

Imam Ghazali menjelaskan, ulama su' menjadi makhluk yg lebih berbahaya daripada Dajjal kerana Dajjal memang bertujuan menyesatkan, sedangkan ulama su’ ini meskipun lidah dan ucapannya seperti org alim tetapi menyesatkan umat.

Sebab itulah jika manusia takut kedatangan Dajjal tapi Rasulullah lebih takut dgn kedatangan Ulama Su’ di akhir zaman.

Ayuh mari kita lihat ciri2 Ulama Su’ adakah mereka itu ada di dlm PAS seperti dikatakan ramai para ilmuan agama.

Ciri ulama su‘ menurut Imam Ghazali

1) Pertama mempergunakan ilmunya menunggang agama utk memperbanyak harta. Jika kita tgk mereka seperti Ulama2 yg hebat dgn bibirnya berhujah dgn ayat2 Al Quran tetapi mereka sebenarnya menyesat umat.

Di sini kita dpt lihat bagaimana ramai Ustaz selebriti menggunakan agama hingga mereka hidup dlm kemewahan. Menggunakan kenderaan velfire, ada pemandu, ada PA, ada rumah banglo, ada isteri ramai dan sebagainya.

2) Kedua menggunakan ilmunya utk berbang­ga, sombong dgn kedudukannya dan menghina org lain.

Kita dpt lihat Ulama Su di negara kita mereka mudah menggelarkan org lain sebagai kafir, Dajjal, memanggil org lain sebagai bodoh dlm kuliah. Itulah kesombongan ilmu yg diceritakan Imam Ghazali.

3) Ketiga menyombongkan diri kerana ramai jumlah pengikut.

Kita boleh lihat mereka berbangga kerana mempunyai ramai pengikut atau penyokong dari kalangan org Melayu. Apabila mempunyai pengikut yg telah ditipu dgn menunggang agama maka mereka mencela org lain hanya mereka sahaja yg benar.

4) Keempat mereka merasakan dirinya mempunyai kedudukan yg tinggi di sisi Allah. Dia gayakan pakaian dan ke­pandaian berbicaranya seperti ulama, padahal ilmu tidak seberapa dan begitu tamak kpd dunia lahir dan batin.

Jelas apa yg berlaku skg Ulama Su’ negara kita menghukum org lain seolah olah mereka itu wakil Allah.

Skg ini buat org Melayu kalian mahu pilih Dajjal atau Ulama Su’?

Moralnya di sini kita sebagai org Islam, para Ulama memberitahu dari sudut Fiqh. Apabila bertembungnya dua mafsadah, maka dipelihara (ditolak) mudarat yg paling besar dgn melakukan mudarat yg lebih ringan.

Ingat Nabi lebih takutkan Ulama Su’ dari Dajjal.

———————————————————————————

TIDAK SERTAI PAS

Kenapa saya tidak sertai PAS, acapkali ditanya samada kenalan rapat atau yg baru saya kenal di medsos.

Ya benar bersama PR saya byk bersama PAS. Byk pengorbanan wang ringgit utk parti ini. Malah pernah dari Sabah dtg ke Semenanjung apabila ada yg meminta tolong utk saya membawa Bob Lokman yg baru berhijrah utk berceramah di pentas PAS.

Saya tertarik dgn Arqam ketika remaja dan Tabligh ketika dewasa kerana dakwahnya sesuai dgn jiwa. Saya melihat Islam itu mendamaikan, Islam itu kasih sayang dan Islam itu mementingkan akhlak dan itu saya ketemui di dlm Arqam.

Saya melihat Rahmatan Lil Alamin iaitu rahmat seluruh manusia itu ada pada Tabligh. Jamaah ini sepertimana Arqam tidak pernah mendajalkan atau menyesatkan org lain.

Kedua jamaah ini gunakan konsep dakwah dgn akhlak yg baik menyeru manusia utk kembali kpd Allah. Tidak diajar berburuk sangka apatah lagi menghukum org lain. Jamaah ini yg paling saya suka, kita adalah pendosa supaya kita tidak melihat dosa org lain.

Keduanya jamaah ini welcome kpd sesiapa yg mahu mendekati agama dan kembali ke pangkal jalan. Itu yg tiada pada PAS… saya tak ketemui walaupun dicari berkali kali.

Saya melihat ceramah2 mereka hanya menghukum siapa yg tidak bersama mereka adalah kafir, org jahat, org yg patut diperangi dan itulah yg berlaku hari ini. Bila dituduh kafir perlu diperangi utk syahid… Astagfirullah…

Tapi apa nak buat pengikut mereka sudah ramai, walaupun kata2 Ustaz Selebriti itu bahaya utk umat, siapa peduli malah dipertahankan.

Majlis Agama Islam pula tidak mahu mengambil tindakan dan membetulkan Ustaz tersebut sepertimana dilakukan kpd jamaah Al Arqam dahulu.

Ini kelemahan Majlis Agama kerana beranggapan ia sebagai kata2 politik semata mata tetapi tidak melihat kpd bahaya utk agama dan negara jika tidak dibendung dari skg.

Islam mengajar umatnya berdakwah utk mengajak mereka yg lalai kembali pada Allah. Tapi PAS menghukum sesiapa yg tidak bersama mereka seolah olah mereka itu wakil Allah.

Antara yg paling saya benci selain tuduhan kafir dan Dajjal ialah mereka mendakwa jika sertai PAS ada nombor ahli boleh masuk syurga, malaikat turun mengundi PAS, undi org lain masuk neraka dan undi mereka masuk syurga.

Lagi saya benci bila mereka kuat memaki hamun. Sebab itu jika Ustaz atau lebai politik saya tolak utk berilmu dgn mereka kerana ideologi mereka sebiji seperti khawarij.

Akhir sekali cara pemikiran mereka maaf kata agak ‘low class’. Kalau bercerita soal tadbir urus, ekonomi ke laut… lalu saya mesti mencari bijak pandai utk belajar walaupun saya bukan di kalangan mereka agar saya tidak sesat jauh.

Itulah antara sebab2 kenapa saya menolak utk menyertai parti PAS yg saya lihat cara mereka terlalu ekstrim dan retorik.

Saya lebih suka belajar ilmu agama dgn ilmuan bukan di kalangan org politik. Mereka akn bercerita tanpa memihak. Wasallam.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.