https://critoxium.com/shop/

Terkini

"Cari dan ikutlah ulama yang dibenci oleh orang kafir"


1. Ungkapan, "Cari dan ikutlah ulama yang dibenci oleh orang kafir" adalah fatwa politik songsang rekaan orang Pas.

2. Tujuannya jelas iaitu mempengaruhi orang Melayu Islam agar mengundi parti itu kononnya parti itu membela Islam sehingga dibenci oleh orang kafir.

3. Hakikatnya begitu ramai ulama di luar Pas yang disayangi oleh begitu ramai orang termasuk orang kafir.

4. Mereka disayangi bukan kerana tidak berjuang Islam atau tidak bercakap benar tetapi kerana berakhlak baik.

5. Jika ada orang kafir yang membenci ulama Pas, hal itu kerana ulama Pas bercakap sembrono. Atau ungkapan kasarnya, bermulut longkang.

6. Bukan sahaja orang kafir yang tidak suka ulama Pas sebegitu, orang Islam pun ramai yang tak suka.

7. Pokoknya, jadilah ulama yang baik dan berakhlak mulia. Ulama sebegitu pasti disukai oleh orang baik tidak kira sama ada orang Islam atau orang kafir.

8. Orang Pas carilah modal lain selain merekacipta fatwa politik songsang yang disandar kepada imam yang agung al-Imam al-Syafi'i sebegitu.

9. Fatwa politik songsang itu sendiri sudah menjadi bukti bahawa orang Pas tidak mengutamakan akhlak.

10. Jika fatwa politik songsang sebegitu keluar dari mulut ulama Pas, ulama sebegitukah yang patut dicari dan diikut?

Zola,
Sedang hirup udara Perlis,
29082024

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.