Politik adalah perang persepsi, siapa yang memenangi perspektif akan menguasai politik.
Oleh Mohd Yusri Ibrahim
Inilah masalah negara kita, apabila saya beritahu nak mohon jadi KP JKOM diaorang gelak sakan, gelak bagai nak rak. Seolah-olah koleksi gelak itu perlu dihabiskan segera hari ini, tidak boleh disimpan simpan lagi untuk esok.
Saya ni nampak je debek, tapi tahulah juga apa nak buat kalau jadi KP JKOM tu.
Pertama clear dahulu fungsi JKOM, biar terang biar jelas, jangan bila dah dilantik nanti buat kerja yang bukan2.
Peranan JKOM adalah memastikan segala dasar, polisi, gagasan, hasrat, inisiatif, tindakan, keberkesanan dan kejayaan kerajaan (government of the day) sampai kepada setiap rakyat tanpa terkecuali.
Dalam masa sama JKOM wajib menepis segala agenda propoganda untuk memburuk dan menghitam wajah kerajaan pada perspektif rakyat. Itu sahaja fungsi Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) tu, sesuai dengan namanya, jangan nak melalut lebih2.
Kedua-dua fungsi ini perlu dilakukan secara praktikal, sampai ke sasaran setiap rakyat di segenap ceruk negara tanpa terkecuali, bukan sekadar cantik di atas kertas kerja perancangan, atau sekadar cantik dalam pembentangan di bilik2 berhawa dingin.
Sebab itu bila nak lantik KP JKOM kena pilih betul2, bukan pakai takat muat.
Yang nak ketuai JKOM mesti cukup pengalaman sebagai aktivis politik lapangan, bijak menyusun strategi, mahir mengurus propoganda, pandai membaca situasi, memiliki keterampilan komunikasi tahap tinggi, serta memilik set lengkap sebagai pemimpin sebuah organisasi strategik.
Ringkasnya KP JKOM adalah figura yang teruji dan terbukti secara teoritikal dan praktikal, bukan pada tahap biasa2, tapi pada tahap tahap sangat tinggi tanpa sebarang kompromi.
Politik adalah perang persepsi, siapa yang memenangi perspektif akan menguasai politik.
Kerajaan PH 1.0 sebagai contoh, sangat lemah dalam perang persepsi, gagal memenangi tanggapan baik rakyat khususnya dalam segmen Melayu-Muslim.
Kebimbangan kesucian Islam terancam dan hak istimewa Orang Melayu terhakis melata secara meluas dalam masyarakat, kerajaan pada waktu itu kalah perang persepsi secara total.
Kerajaan Perpaduan yang diketuai PH sekarang juga masih belum cukup menguasai perang persepsi ini, banyak isu berbangkit tidak terjawab, banyak success story kerajaan tidak sampai kepada rakyat.
Buktinya setiap kali mengumpul data di lapangan, saya bertemu banyak kes responden kajian memahami sesuatu isu jauh berbeza berbanding realiti sebenar yang sepatutnya.
Maksudnya banyak tanggapan negatif kepada kerajaan wujud kerana maklumat sebenar tidak sampai, atau dengan kata lain kerana menerima maklumat pada perspektif berbeza.
Maksudnya ada pihak2 lain yang lebih memenangi dan menguasai perspektif khalayak berbanding kerajaan yang memiliki pelbagai instrumen.
Banyak sebenarnya kerja JKOM untuk menjadi perisai hadapan kerajaan, maksud saya kerajaan semasa (government of the day). Maksudnya, jika selepas siri2 PRU nanti kerajaan bertukar lagi, fungsi dan peranan JKOM kekal sama iaitu mempertahankan kerajaan pada waktu itu.
Sebab itu KP JKOM mestilah seorang figura berkerampilan tinggi dalam aspek2 yang diperbincangkan tadi, ciri2 itu adalah rukun wajib, tidak sah jika tiada.
KP JKOM mesti orang yang bekerja, bekerja dan bekerja. Bukan sekadar pakai lawa2, bukan sekadar pandai entertain dan show off. Agenda JKOM wajib sampai ke peringkat paling bawah struktur sosial iaitu komuniti, sesuai dengan namanya jabatan komunikasi komuniti, bukan sekadar terawan-awan di atas tidak berpijak ke bumi nyata.
Sudah dua orang KP JKOM dalam tempoh terdekat, kedua-duanya tidak berupaya deliver dengan baik, mungkin sudah mencuba tapi belum berjaya.
Mungkin yang ketiga nanti akan berjaya kut.
Disclaimer: Tulisan di atas ada elemen lelucon dan ada elemen serius, mohon kematangan penonton untuk mencerakinkan segmen2 tersebut dengan baik.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.