https://critoxium.com/shop/

Terkini

Apa Yang Pembangkang Inginkan Dalam Isu Kuil Haram ?


Oleh Norman Daud.

Hari ini, kerajaan mengambil pendirian jelas. PBT diarahkan bertindak tegas terhadap semua rumah ibadat yang dibina tanpa kebenaran ,sama ada kuil, gereja atau masjid jika melanggar undang-undang dan menceroboh tanah.

Tidak pilih kasih.
Malah, hari ini juga seorang ketua kuil didakwa kerana menceroboh tanah.

Ini bukti kerajaan tidak berkompromi dengan pelanggaran undang-undang.

Ini bukti kerajaan mendengar kegusaran rakyat.

Ini bukti kerajaan bertindak.

Tetapi apa reaksi mereka?

Bukan sokong.
Sebaliknya, PMX pula diserang.
Seolah-olah semua masalah ini baru wujud sejak Anwar jadi Perdana Menteri.
Ia wujud zaman BN.
Tapi waktu itu, mereka senyap.
Kenapa?
Hari ini, bila kerajaan Madani berani menyelesaikan masalah yang lama ditinggalkan, tiba-tiba semua jadi salah.

Tegas salah.
Jadi, apa sebenarnya yang mereka mahu?

Jawapannya mudah.

Mereka tidak mahu isu ini selesai.

Kalau isu selesai, modal politik mereka habis.
Sebab itu sentimen mesti dibakar.
Akhirnya, rakyat benci kerajaan. Benci PMX.

Inilah matlamat sebenar mereka.

PRU makin hampir.
Semoga Allah memberi kekuatan kepada DS Anwar Ibrahim dalam menghadapi ujian sebegini.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.