“Benarkah PAS Boleh Menang Besar PRU16?
Oleh Jamzuri Ardani
Ramai kawan-kawan PAS kata PRU16 nanti mereka akan menang besar dan bentuk kerajaan.
Tanpa menolak hakikat bahawa politik itu serba mungkin, saya fikir dakwaan ini masih tidak berpijak dibumi nyata. .
Soalan saya, di mana lagi kerusi yang PAS akan menang untuk tambah kerusi yang sedia ada? PN sudah pun menang di hampir kesemua kerusi yang mereka boleh menang. Itu pun mereka hanya ada tidak 74 kerusi sahaja. .
Mereka perlukan 38 kerusi lagi untuk membentuk kerajaan. .
Bersatu dijangka akan hilang beberapa kerusi dan parti itu menunjukkan prestasi yang buruk dalam semua pilihanraya kecil selepas PRU15. .
Kemungkinan untuk PAS berada dalam kerajaan bergantung sepenuhnya kepada sokongan Umno, GRS, dan GPS. .
Jika PAS mahu sokongan dari 3 parti ini, calon PM tidak mungkin dari PAS. Ketiga-tiga parti ini tidak mungkin menyokong PM dari PAS. .
PAS kena sokong samada Zahid atau wakil dari Sabah Sarawak untuk jadi PM. .
Jika Zahid jadi PM sedangkang PAS mempunyai paling ramai MP di blok kerajaan, kerajaan itu pasti tidak akan stabil. Lihat sahaja apa yang berlaku pada PN sekarang. Itulah yang akan berlaku jika gabungan ini membentuk kerajaan. .
Kerajaan yang tidak stabil adalah bahana besar untuk rakyat dan negara. .
Saya mencadangkan kepada pengundi Melayu agar mengundi secara en-bloc kepada PH. Ini akan menjadikan kerajaan PH akan datang akan didominasikan oleh orang Melayu. Kerajaan juga akan jadi lebih kukuh dan stabil. .
Sekarang ini saya nampak majoriti orang Melayu telah salah pilih dalam PRU15. Mereka diwakili oleh wakil rakyat pembangkang di kebanyakan kerusi. Suara pembangkang tidak menentukan polisi. Mereka hanya boleh bercakap, tapi tak boleh buat apa-apa. Keadaan tentu lebih baik jika mereka diwakili oleh parti kerajaan. .
Mungkin mereka kata PRU16 akan datang PH bukan lagi kerajaan. Blok mereka pula akan jadi kerajaan. .
Ya itu tidak mustahil, tetapi kerajaan yang didokong oleh pelbagai parti Melayu tidak akan stabil. Terlalu ramai yang bercita-cita mahu jadi PM dan merasakan merekalah yang layak. .
Gabungan PAS, Bersatu, Umno ... ini adalah resepi ampuh untuk memastikan perebutan kuasa yang berterusan di kalangan parti-parti itu. Kerajaan yang dibentuk tidak akan stabil dan bertahan lama. .
Di pihak PH pula, isu ini tidak wujud dalam PRU16 nanti. PH hanya ada satu calon PM dan beliau telah membuktikan keupayaan mengemudi negara secara agak cemerlang. Tidak sempurna, tapi negara berada dalam 'steady hand'..
Saya fikir solusi yang paling berkesan untuk pengundi Melayu dalam PRU16 nanti ialah dengan memilih PH sebagai kerajaan yang didominasikan oleh orang Melayu. .
Jika PH dapat membentuk kerajaan bersendirian dengan 47 wakil bukan Melayu dan 65 wakil Melayu, dengan sokongan dari Sabah dan Sarawak ... itu adalah pilihan terbaik untuk negara dan orang Melayu.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.