https://critoxium.com/shop/

Terkini

Faktor Calun Mempengaruhi Pengundi di Sabah


Oleh Mohd Yusri Ibrahim

Pengundi di Semenanjung lebih cenderung membuat pilihan mengikut jenama parti, khususnya di segmen Melayu.

Sebab itu kadang2 kita dapati ada calon yang tidak kompeten, tapi menang dalam pilihan raya apabila bertanding mewakili parti tertentu.

Tidak kompenten itu terus dibawa selepas pilihan raya, prestasi mereka sangat lemah sama ada sebagai anggota di dewan legislatif atau khidmat kepada pengundi setempat.

Tapi jangan terkejut, jika bertanding lagi mereka boleh menang lagi, sebab pengundi memangkah berdasarkan logo parti.

Namun menariknya, di Sabah sedikit berbeza.

Secara umumnya pengundi di sini lebih memilih berdasarkan calon yang bertanding.

Bahkan faktor calon ini sangat besar, jauh mengatasi faktor parti dan faktor isu.

Dalam satu segi, inilah bijaknya pengundi Sabah.

Mereka tidak mudah dikelabui oleh jenama atau identiti parti, sebaliknya lebih melihat prestasi.

Maksudnya prestasi calon, bagaimana track record calon tersebut memberi khidmat kepada masyarakat dan komuniti.

Bukan sekadar musim pilihan raya, bahkan mereka sukat prestasi tersebut sepanjang masa.

Sebab itu tempoh 14 hari berkempen tidak sempat dilakonkan oleh sesetengan calon jika mereka memang tidak kompeten di luar tempoh kempen secara rasmi tersebut.

Dalam situasi ini, GRS antara yang mendapat manfaat besar.

Ramai calon mereka diwakili oleh figura besar yang popular dalam kalangan pengundi setempat, atau rakan penyelidik kami arwah Doc Midin (Allahumaghfirlahu warhamhu) biasa guna istilah bigman.

Sebahagian calon2 GRS ini membina nama semasa berada dalam parti lain sebelum ini, pengaruh tersebut terus dibawa selepas menyertai GRS.

Selain GRS, parti2 lain yang diwakili oleh big figure ini turut berpeluang untuk menang kerusi.

Jika ada beberapa nama besar yang mempamer prestasi baik bertanding dalam DUN yang sama, undi akan pecah secara besar-besaran.

Dalam kes ini, taktikal akan jadi faktor tambahan untuk penentu kemenangan.

Ada beberapa DUN yang berhadapan situasi sedemikian.

Contoh paling mudah DUN Bongawan yang ditandingi oleh calon BN Datuk Alamin Timbalan Menteri Luar merangkap ahli parlimen Kimanis, calon GRS TS Anifah Aman bekas Menteri Luar yang juga adik kepada TYT, serta calon WARISAN Dr Daud.

Walaupun Datuk Alamin dan TS Anifah nama besar di situ, tapi dijangka akan berlaku rekahan besar undi untuk mereka berdua, undi yang sebelumnya daripada kelompok sama.

Dalam situasi tersebut, Dr Daud berpotensi untuk dapat manfaat, apatah lagi beliau sentiasa ada bersama komuniti Bongawan.

Ini adalah contoh bagaimana faktor calon akan jadi faktor penting menentukan pemenang setiap 73 kawasan DUN pada 29 November nanti.

Apapun tempoh kempen masih panjang, semua calon masih ada peluang untuk menang selagi peti undi tidak dikunci.

#SabahMemilih

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.