AMANAH Kedah Sasar Kekalkan Kerajaan Perpaduan, Bertekad Menangi Kerusi DUN
KEDAH, – AMANAH Kedah menegaskan komitmen mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) untuk mengekalkan kelangsungan Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, sambil memburu kemenangan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi parti itu dan rakan-rakan Pakatan Harapan serta Perpaduan Kedah.
Pengerusi AMANAH Kedah, Asmirul Anuar Aris berkata, misi utama parti ialah memastikan rakyat terus menyokong kerajaan yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim, selaras dengan tahap kepuasan tinggi terhadap Kerajaan Madani yang berjaya melaksanakan pelbagai program memberi impak langsung kepada rakyat.
“Biro Politik dan pimpinan AMANAH Kedah akan turun ke semua kawasan sasaran, memantau persiapan jentera pilihan raya serta terlibat aktif dalam program komuniti dan golongan sasar,” kata beliau.
AMANAH Kedah optimis langkah ini dapat memastikan kelangsungan kerajaan perpaduan di peringkat Persekutuan, selain membuka peluang untuk mencipta kemenangan di peringkat DUN





Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.