https://critoxium.com/shop/

Terkini

Krisis Perlis Dedah PAS Gagal Urus Perbezaan, Rakyat Dijadikan Mangsa Politik Kuno


1.krisis politik Perlis bukan lagi isu dalaman parti, tetapi telah berubah menjadi krisis keyakinan awam terhadap keupayaan PAS mengurus kuasa secara adil dan berakhlak.

2.Percanggahan terbuka antara keputusan Presiden PAS dengan kenyataan Mursyidul Am bahawa pemecatan 3 ADUN masih boleh disemak Majlis Syura membuktikan satu hakikat pahit: PAS sedang berhadapan krisis autoriti, krisis kepimpinan dan krisis kejelasan prinsip.

Lebih malang, konflik ini tidak diselesaikan secara adil, sebaliknya rakyat di DUN terbabit dihukum dua kali. kehilangan wakil rakyat dan diseret menjadi mangsa perbalahan dalaman parti.

3.Islam tidak pernah mengajar ketaatan membuta tuli. Keberanian menegur, berbeza pandangan dan menuntut keadilan adalah asas siasah Islam. Namun dalam krisis Perlis, PAS memilih pendekatan politik lama menutup ruang perbezaan, menghukum yang bersuara dan menjadikan kuasa sebagai alat disiplin.

4.Perlis mesti menjadi amaran nasional. Bila PAS gagal mengurus perbezaan dalam parti sendiri, bermakna PAS tidak layak memimpin negara majmuk yang lebih besar dan lebih mencabar.

Rakyat tidak boleh terus dijadikan sandera emosi politik dan mangsa dendam kuasa.

MAHFUZ OMAR
NAIB PRESIDEN

PARTI AMANAH NEGARA
27 JAN 2026
ALOR SETAR,KEDAH

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.