https://critoxium.com/shop/

Terkini

Ashwad Ismail dan Cabaran Mengemudi Penyiaran Negara di Era Kekacauan Maklumat


Oleh Fathi Aris Omar

Selamat maju jaya saudara Ashwad Ismail atas tugasan baru mengendali penyiaran negara.

Sebagai orang muda, personaliti media Astro Awani ini pasti lebih dekat dengan denyut nadi media massa hari ini, khasnya pertembungan media konvensional seperti RTM dengan media sosial.

Dengan itu, tugas yang Ashwad pikul ini lebih mencabar, menyampaikan mesej pemerintah menjelang tahun-tahun pilihan raya.

Macam mana kita tidak suka PMX atau melawan Kerajaan Perpaduan/Madani, hakikatnya ia telah cuba membawa negara ke tahap baharu khasnya selepas Covid-19 dan geopolitik dunia era Trump.

Forum Ekonomi Dunia (WEF) sudah gariskan dengan jelas cabaran tersebut dalam laporan tahunan, termasuk yang terkini pada Januari.

Tetapi sebagai newsman, Ashwad tidak berdepan isu politik seperti kita fahami. Isu pokoknya mengemudi komunikasi mesej positif di tengah gelora maklumat keliru, fitnah dan dumbing down.

Apa yang perdana menteri luahkan pada 7 Disember tahun lalu. Rungutannya cukup padat:

"Apa yang sampai itu hanya 'sampah', sumpah dan maki hamun kerana ini negara demokrasi dan bebas... media sosial itu digunakan tidak untuk membina, tetapi untuk menghina."

Cabaran media yang Ashwad pikul ini sejenis microcosm daripada 'alamul kabir laporan WEF itu. Macrocosm itu yang ditanggung kerajaan di tengah badai kacau-bilau geoekonomi saat ini.

Tetapi masalah ini, masalah yang terpaksa dihadap oleh Ashwad, orang Malaysia termasuk pendukung kerajaan tidak faham dunia yang bergerak saat ini.

Orang kita masih di bawah tempurung, tidak dapat menangkap keseluruhan dunia yang kacau ini.

Mereka asyik tenggelam dalam isu semasa, sembang politik ala warung dan pertengkaran parti yang tiada kesudahan. Jadi memang sukar berdepan sikap dan pemikiran bangsa ini.

Oleh kerana khalayak (audience) seperti itu, seperti ungkapan Gustave Le Bon, media terpaksa bergelut melayan psikologi massa ini. Kesia-siaan ini yang akan dihadap orang media seperti Ashwad.

Orang media yang senior belum tentu faham 10 risiko yang WEF sebutkan di bawah 👇 tetapi saya yakin Ashwad boleh cepat tangkap dan faham.

Khalayak politik dan birokrat termasuk PTD atau ketua jabatan belum tentu selami risiko ini. Bukan niat perkecil mereka tetapi kelajuan maklumat era ini menyebabkan ramai ketinggalan.

Ramai tahu tetapi kurang faham natijah sebenar. Lemas dalam bah maklumat tapi kurang ilmunya.

Memang penat, Ashwad. Semoga kau tabah melayan semua kerenah ini. Sesuai untuk yang masih muda, dinamik dan semangat macam kau.

"When the going gets tough, the tough get going."

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.